Kenapa Perlu Cipta Suasana Mengikut Tema. 3 Sebab Untuk Anda

Anda mungkin rasa ini tak penting, tapi jika anda tengok betul-betul banyak syarikat perniagaan besar menggunakan teknik ini.

Anda boleh hias kedai anda, rekaan laman web, rekaan banner untuk blog dan gambar profile dan ‘cover photo’ mengikut tema tertentu contohnya mengikut sambutan atau perayaan.

Ini akan membantu untuk mencipta mood prospek dan pelanggan untuk berurusan dengan anda. Lebih-lebih lagi jika pada masa itu anda mengadakan tawaran atau jualan sempena sambutan tersebut.

Contoh seperti Tawaran Sempena Hari Kemerdekaan anda boleh hias kedai anda dengan bendera dan gambar-gambar bertemakan kemerdekaan.

3 sebab kenapa perlu cipta suasana mengikut tema :

1) Boleh mencipta keunikan dan kelainan kepada bisnes anda.

2) Boleh menceriakan dan meningkatkan keinginan pelanggan untuk berurusan dengan anda.

3) Boleh membantu menjadikan prospek lebih nampak perniagaan anda, terutamanya jika tema yang anda buat berlainan dari orang lain, contoh seperti meminta semua team anda untuk berpakaian mengikut warna bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan.

Silap-silap boleh jadi viral!

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kenapa Perlu Cipta Suasana Mengikut Tema. 3 Sebab Untuk Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

1 Comment

Leave a Reply