Anda boleh hias kedai anda, rekaan laman web, rekaan banner untuk blog dan gambar profile dan ‘cover photo’ mengikut tema tertentu contohnya mengikut sambutan atau perayaan.
Ini akan membantu untuk mencipta mood prospek dan pelanggan untuk berurusan dengan anda. Lebih-lebih lagi jika pada masa itu anda mengadakan tawaran atau jualan sempena sambutan tersebut.
Contoh seperti Tawaran Sempena Hari Kemerdekaan anda boleh hias kedai anda dengan bendera dan gambar-gambar bertemakan kemerdekaan.
3 sebab kenapa perlu cipta suasana mengikut tema :
1) Boleh mencipta keunikan dan kelainan kepada bisnes anda.
2) Boleh menceriakan dan meningkatkan keinginan pelanggan untuk berurusan dengan anda.
3) Boleh membantu menjadikan prospek lebih nampak perniagaan anda, terutamanya jika tema yang anda buat berlainan dari orang lain, contoh seperti meminta semua team anda untuk berpakaian mengikut warna bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan.
1 Comment
Tp sy X brp pandai nak reka ni
Sy nak brand kedai sy yg nampak menarik