Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Kenapa Orang Tak Nampak Bisnes Anda

Melalui marketing, dapat buatkan daripada tak nampak bisnes anda kepada dapat membuatkan orang nampak dengan bisnes dan produk atau perkhidmatan yang ada.

Namun terdapat usahawan terutamanya yang baru berbisnes tidak tahu macam mana nak membuatkan orang nampak bisnes yang dijalankan termasuk branding sendiri.

Mereka ingat, dengan hanya ada banner di kedai dan sekadar menunggu pelanggan datang sudah cukup bagi mereka nampak dan seterusnya mencuba produk atau servis ditawarkan.

Berikut beberapa langkah anda boleh gunakan untuk memasarkan produk atau servis.

3 langkah untuk elakkan orang tak nampak bisnes kita :

  1. Tumpukan kepada masalah pelanggan dan menyediakan mesej yang secara spesifik tentang apa yang produk atau servis anda bantu.
  2. Setelah pelanggan anda nampak dan tahu masalah itu namun tidak tahu apa perlu dibuat. Anda perlu meyakinkan mereka bahawa produk atau servis dijalankan boleh membantu keperluan atau masalah dihadapi.
  3. Di sini, barulah anda menunjukkan pada pelanggan-pelanggan mengapa perlu memilih anda.

Selain marketing, branding juga diperlukan untuk memastikan orang akan bukan setakat nampak, malah kenal, faham dan sudah pun mencuba produk atau servis.

Untuk memastikan marketing anda berjaya, ia perlunya dilakukan secara berterusan dengan konsisten. Anda juga boleh menunjukkan bukan hanya siapa anda malah apa yang membezakan anda dengan pesaing lain.

Akhir sekali, sekiranya orang tidak tahu kewujudan anda, bagaimana mereka nak membeli produk atau mendapatkan servis yang ada.

Artikel terbaru

Leave a Reply