Kenapa Kita Buat Keputusan Buruk

Kenapa Kita Buat Keputusan Buruk

Setiap hari kita membuat banyak keputusan hingga beribu keputusan. Nak bangun pukul berapa, pakai baju warna apa, sarapan pagi apa dan sebagainya.

Kebanyakan keputusan ini merupakan yang kecil yang dilakukan secara automatik atau mengikut firasat masing-masing. Namun dalam kerja dan bisnes yang sentiasa memerlukan perubahan dan peningkatan memerlukan kita membuat keputusan yang baik.

Keputusan yang baik ini dapat memberikan kesan kepada kesejahteraan kita, kesihatan, keselamatan dan perhubungan.

Kajian mendapati bahawa keputusan buruk yang dilakukan bukan disebabkan kekurangan analisis sebaliknya kerana proses membuat keputusan yang tidak bijak.

Selalunya, kita mempunyai maklumat dan info yang banyak sebelum membuat keputusan namun keputusan yang dibuat tidak semestinya bagus.

3 punca utama keputusan buruk yang anda lakukan :

  1. Terlebih optimistik

Mengikut saintis neuro, Tali Sharot, sikap optimistik sebenarnya memudaratkan proses membuat keputusan yang baik. Dia menganggarkan yang 80% daripada manusia adalah lebih optimistik daripada realistik. Secara purata, mereka mengharapkan pengakhiran yang lebih baik daripada yang sebenarnya berlaku.

Contohnya, perokok tidak akan menghiraukan keperluan membuat keputusan baik untuk kesihatan mereka walaupun banyak bukti keburukan rokok itu. Mereka akan hanya akan mengabaikan dan beri alasan bahawa ada rakan mereka yang menghisap 1 kotak rokok sehari dan hidup dengan umur panjang. Sebenarnya, kita sudah menjadi lali dengan isu-isu ini.

  1. Buat keputusan ketika keletihan

Kepenatan dan kepenatan boleh menyebabkan keputusan buruk. Sebab itu, jika anda perlu buat keputusan besar, luangkan masa untuk kurangkan tekanan di samping bersantai agar dapat buat diri lebih segara.

Menurut kajian penting ke atas hakim-hakim pada tahun 2011 (Danzinger, Levav & Avnaim-Pesso), para pengkaji memeriksa 1,112 keputusan kehakiman dalam tempoh 10 bulan.

Dapatan diperolehi menunjukkan hakim-hakim ini dipengaruhi oleh waktu keputusan itu dibuat. Pada waktu pagi dan selepas waktu makan tengah hari (ketika dia masih segar), kebarangkalian seorang hakim memberi keputusan yang disenangi adalah 65%.

Tetapi, apabila hakim terlampau penat setelah membuat banyak keputusan (pada lewat pagi dan lewat petang), kebarangkalian seorang penjenayah mendapat keputusan yang disenangi adalah sifar.

  1. Tanggapan buruk

Kebanyakan daripada kita yang bisnes sering membuat keputusan berdasarkan tanggapan. Tanggapan yang tidak tepat dan tidak betul yang belum ditentukan kesahihannya.

Hal ini boleh menyebabkan kita melakukan keputusan buruk yang beri kesan kepada diri malah keluarga. Terdapat banyak faktor yang menyumbangkan bagi keputusan buruk yang dilakukan dalam kehidupan kita ini.

Sehubungan itu, dengan mengetahui dan memahami proses membuat keputusan, mengambil kira punca di atas kemungkinan dapat bantu kita untuk membuat keputusan lebih baik di masa akan datang.

Artikel terbaru

Leave a Reply