Kenapa Hidup Saya Malang?

“Hidup saya penuh ujian, saya stuck. Macam-macam buat, semua benda saya buat tak jadi”.

Adakah orang ini dilahirkan malang dan kesusahan sepanjang hari? Inilah takdir orang itu?

Tak adil untuk salahkan takdir, bahawa apa-apa yang dilakukan tak menjadi dan gagal.

Sebenarnya hidup ini ada pilihan. Memanglah setiap orang akan diuji, tapi kita yang kena buat pilihan yang lebih baik setiap hari.

Sikap redha adalah tahap terakhir harus diterima selepas terlebih dulu berusaha dengan segala kemampuan.

Contoh orang di atas ini, mungkin tiba masanya untuk dia buat benda yang tak biasa dibuat dan tak melanggar hukum untuk mendapatkan hasil berbeza.

Sebabnya sebelum ini, pattern dia – semua keputusan untuk usaha dibuat stuck dan tak jadi. Umpama dia berada di persimpangan dan selalu masuk jalan yang salah.

Jadi sekarang ini tiba masa dia masuk jalan yang lain. Kalau tak ada ilmu atau kemahiran berkaitan pergi belajar, tak ada guru pergilah berguru dan lain-lain lagi.

MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkongsikan, berdasarkan pengalamannya dan orang lain, dia belajar mengenai pattern kejayaan dan kegagalan orang.

Dari segi pemikiran, emosi dan tindakan mereka yang berjaya dan gagal.

“Once you change the pattern, you will change everything”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Bagaimanapun, ada juga orang yang sudah jumpa pattern kejayaan namun dia berhenti lakukannya.

Dia mula sabotaj diri, buat benda-benda tak bermanfaat malah berhentikan pattern kejayaan yang dibuat sebelum ini.

Semua orang ada mentaliti sabotaj diri ini bila dia mula ‘lupa diri’ dengan rasa apa-apa dibuat semuanya akan berjaya.

Sebab itu, kita perlu sentiasa muhasabah diri dan lihat apa boleh ditambah baik serta meneruskan pattern kejayaan yang ada.

Pilihan di tangan kita sendiri. Kita nak buat pilihan yang lebih baik atau terus berikan diri alasan untuk kekal berada pada tahap sama.

Jangan harapkan sesuatu hasil berlainan bila anda melakukan perkara yang biasa saja.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kenapa Hidup Saya Malang?” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply