Kena Trust The Process – Puan Suraya Tamat

Puan Suraya Tamat - Trust The Process

Dulunya, pengasas Sutera Elite Empire, Puan Suraya Tamat bekerja sebagai Pegawai eksekutif di sebuah syarikat kewangan.

Bagaimanapun, beliau struggle dengan masanya terbatas untuk bersama keluarga dan beliau juga mengimpikan bebas kewangan dan bebas masa.

Semuanya berubah bila beliau mula melakukan bisnes hingga kini sudah mula membina empayarnya perniagaannya dengan mengusahakan bisnes pelaburan patuh syariah.

Sebelum ini, Puan Suraya mula berniaga dengan menjadi agen Jamu, namun beliau sedar nak berjaya perlu ada MenThor.

Itulah yang dilakukan Puan Suraya apabila beliau mula untuk mencari MenThor yang dah ada proven success untuk keluar dari kemelut permasalahan yang berlaku dalam dirinya.

Kemudian beliau hadir untuk pertama kalinya dalam program RichWorks melalui Sesi Bina Bisnes Berjaya (BBB) 2019.

Impak dari BBB menyebabkan beliau tekad untuk dapatkan bimbingan yang berterusan daripada RichWorks dan menjadi sebahagian daripada Elite X Circle di RichWorks.

“Saya menangis setiap kali hadir ke kelas Doc kerana mengenangkan bukan mudah perjalanan hidup saya untuk bertemu dengan RichWorks…,” ujarnya.

Bagaimanapun, disebabkan ‘kesibukan’ kerja, beliau banyak kali terlepas kelas-kelas yang dijalankan ketika dalam Elite X.

“Kalau dikira mula-mula masuk Elite X, saya repeat masuk Elite X sebenarnya,” jelasnya.

Beliau telah sertai circle Elite X tahun 2020, tapi tidak dapat berikan komitmen ekoran bekerja menyebabkan banyak kelas yang tertinggal.

Kemudian pada Jun tahun lalu, beliau sudah berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan dan masuk kembali dalam Elite X.

Puan Suraya lebih jelas dengan matlamat hidupnya apabila nekad untuk berhenti kerja dan mula berbisnes secara serius.

Kenapa pilih untuk berbisnes?

Menurutnya, bila saya tengok dan kira-kira peningkatan gaji dengan kos sara hidup banyak sangat beza dan jurang dia.

Jika lama-lama terus makin gaji akan membuatkan dirinya dalam keadaan tidak selesa. Jadi beliau putuskan untuk fokus bisnes dan perlu join RichWorks.

“Ini merupakan suatu rahmat Allah SWT. Saya rasa ini memang satu journey yang bersyukur Allah tunjuk jalan ini.

“Semasa berada dalam Elite X, saya hadir dan ikut saja semua kelas buat. Saya berpegang kepada trust the process. Secara tak langsung, betullah, alhamdulillah dapat sesuatu daripada journey ini,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.

Pencapaian Puan Suraya

Hasil berMenThor dan mendapatkan ilmu bisnes yang betul menjadikan bisnesnya dapat mencapai sales jualan melebihi RM400,000 untuk tahun 2020!

Beliau juga berjaya pecah rekod pada bulan Julai lalu dengan mencapai jualan lebih RM105,000. Selama 10 tahun beliau menjalankan bisnes secara part-time atau sambilan, tidak pernah pun capai RM100,000 pun sebelum ini.

Nasihat Puan Suraya kepada rakan usahawan

Sebenarnya kita kena tukar cara berfikir itu. Barulah kita boleh buat tindakan yang betul.

Kita jangan fikir soal yuran, sebaliknya apa yang akan dapat selepas kita upgrade diri melalui ilmu-ilmu yang diperolehi.

Trust the process, follow the journey yang ada dan kita perlu sentiasa upgrade diri ini.

“Saya berpegang dengan prinsip ‘trust the process’ dan sentiasa tukar cara berfikir ke arah untuk ‘upgrade’ diri,” katanya.

Berkat kesungguhan dan komited pada bisnes yang diusahakan, beliau berjaya memecah rekod melebihi target yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda ingin dibantu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut, klik butang di bawah ini.

Nak Dibantu

Artikel terbaru

2 Comments

  • Munah Abdul Rahman

    bagaimana untuk mengimbangi online bisnes dengan kerja hakiki?

    • Team RichWorks

      dalam bisnes perlukan fokus..supaya kita dapat engage dengan customer dan dapat beri tunjukkan Value kita sebagai peniaga..boleh mulakan dengan membuat jadual setiap hari untuk mepermudahkan tugas seharian.

Leave a Reply



Ada sebarang pertanyaan? Anda boleh hubungi Pegawai Khas kami dengan menghantar borang di bawah. Pegawai Khas kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.