Kenapa kena ghairah dalam bisnes? Kata bijak pandai, seseorang yang tidak memiliki keghairahan ialah seperti kereta tanpa minyak. Bahkan, keghairahan selalu membuat percakapan yang membosankan menjadi menarik.
Bagi billionaire dan pemilik syarikat penerbangan Virgin Atlantic, Richard Branson pula menyatakan dalam bukunya ‘The Virgin Way: Everything I Know About Leadership’ bahawa salah satu sikap untuk menjadi pemimpin hebat ialah keghairahan kerja.
Dengan kata lain membuat sesuatu dengan sehabis baiknya walau apa pun yang dikatakan oleh orang lain.
Richard Branson merupakan seorang yang tidak pernah mengalah dalam menukarkan idea luar biasa kepada realiti hidup walaupun beliau seringkali dikritik teruk oleh orang ramai kerana beliau terlalu ghairah dalam melakukan sesuatu dan ghairah dalam bisnes.
Ada yang menyatakan beliau juga tidak akan berasa kecewa umpama bermain biola seorang diri meskipun projek yang dijalankan itu gagal.
Apa pendapat anda? Ada tidak kebenarannya, cuba bayangkan tenaga ‘ghairah’ ini diterjemahkan dalam bisnes ataupun kehidupan harian anda. Power tak?
Ibarat seperti anda menyukai seorang wanita atau lelaki ataupun sudah menjadi girlfriend atau boyfriend, meskipun dia tinggal di negeri Selatan dan anda pula di Utara mesti anda sanggup bertemunya walaupun jauh.
Perjalanan yang berjam lama, kepenatan memandu atau duduk dalam bas pastinya tidak terasa lagi. Tenaga diri seperti unlimited. Betul tak?
Maka bayangkan pula jika bisnes anda atau kerja yang dilakukan dengan ghairah kemungkinan besar hasilnya nanti akan positif malah mungkin melonjak naik berbanding melakukannya seperti rutin harian biasa.
Tanamkan ghairah dalam diri kita, mungkin ini dapat membantu bisnes mahupun kehidupan harian anda dalam era dunia yang semakin mencabar disamping ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini.
Keghairahan tidak wujud sendirinya, tetapi ia merupakan kualiti yang mudah dikenali. Orang yang ghairah dalam bisnes ini dikatakan memiliki semangat yang tinggi, mindset yang luar biasa dan ‘memancarkan’ sikap positif.
Memetik nasihat penulis buku motivasi terkemuka dunia, Napoleon Hill, “Dengan semua yang anda perolehi, dapatkan keghairahan melaluinya.”
Moga anda semua ghairah, baru bisnes jadi power!