Kembangkan Tim

Dalam perniagaan, anda tidak akan selamanya bergerak seorang. Anda perlukan bantuan orang lain sekaligus menjadi tim anda untuk terus berkembang. Tim terdekat yang perlu anda beri perhatian adalah pekerja anda. Mereka inilah yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat atau perniagaan di bawah pemantauan anda. Jika pekerja anda tidak ada semangat pasukan dan tidak bersungguh bersatu memajukan perniagaan, anda mungkin akan menghadapi masalah dari bahagian operasi, pengurusan mahupun pemasaran.

Selain dari itu, anda perlulah mengembangkan tim meliputi ejen, dorpship dan stokis bagi menjayakan pemasaran dan jualan anda. Berikut adalah penjelasan tentang ejen, dropship dan stokis.

  1. DROPSHIP

Bagi mendapatkan dropship, anda boleh mempelawa mereka mendaftar bawah pasukan jualan anda dengan tidak mengenakan atau mengenakan cas pendaftaran rendah. Dropship tidak perlu menyimpan stok atau membuat penghantaran pos kerana semuanya dilakukan oleh anda dan pekerja anda. Selalunya, dropship memperlolehi keuntungan 10 ke 20 peratus dari harga produk.

  • EJEN

Biasanya, ejen membeli stok lebih banyak dari anda untuk menjualnya kembali. Jika banyak jumlah pembeliannya dari anda, maka lebih tinggi keuntungan mereka dapat. Mereka perlu simpan stok sendiri dan melakukan penghantaran pos sendiri. Kelebihan ejen adalah mereka boleh rekrut dropship untuk membantu mereka mendapatkan jualan.

  • STOKIS

Menjadi stokis memerlukan modal besar bergantung pada produk. Biasanya RM 5000 ke atas. Tugas stokis adalah melantik ejen, dropship dan membimbing mereka. Mereka perlu memperolehi margin tinggi sebab perlu berkongsi rezeki dengan agen dan dropship

Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu menjaga mereka agar tim anda ini berkembang. Ada beberapa strategi menjaga dan mengembangkan tim yang perlu anda ikuti jika anda inginkan perniagaan anda terus berdaya maju iaitu:

  1. Tetapkan tujuan dan wawasan yang sama.

Anda perlu membuatkan mereka jelas tentang wawasan dan tujuan perniagaan anda. Ianya membantu mencapai sasaran dengan lebih sistematik dan teratur.

  • Selalu memberi sokongan dan semangat.

Bertanya dan mendekati mereka serta berikan mereka semangat. Sebagai pemilik, anda perlu memastikan mereka tidak putus asa dengan perniagaan anda.

  • Bina komunikasi yang baik

Adalah satu kesilapan apabila seorang peniaga itu selalu tidak ada apabila tim memerlukan. Adakalanya mesej tidak sampai sehingga membuatkan banyak salah faham terutama tentang jualan dan pemasaran.

  • Sistem ganjaran

Bina sistem ganjaran yang menarik agar mereka boleh memberi yang terbaik untuk syarikat anda. Ganjaran yang diberikan dapat mewujudkan semangat persaingan sihat antara mereka.

Sebenarnya, apa yang penting anda harus selalu memahami kehendak tim anda dan cuba menyelesaikan masalah mereka. Anda pasti pernah dengar tentang ejen lari, kehilangan dropship dan banyak lagi masalah dalaman atau luaran sesuatu pernigaan. Semua ini dapat dielakkan jika anda bijak menjaga komunikasi dengan mereka dan saling menyokong peranan masing-masing.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kembangkan Tim” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply