Anda peniaga? Gunakan website ataupun laman web untuk berhubung dengan pelanggan anda?
Setiap peniaga wajib ada website atau media sosial untuk berhubung dengan pelanggan mereka apatah lagi bila berlakunya pandemik ini.
Walaupun bisnes anda maju ke, kurang visitor ke, anda kena juga ada laman web atau media sosial untuk bisnes anda.
Apa pentingnya website ni dalam bisnes anda?
Anda tahu, laman web atau media sosial adalah alat terbaik untuk perkenalkan jenama atau produk anda pada orang ramai.
Bukan itu saja, dengan laman web ni, pelanggan boleh tahu status terkini dari anda seperti apa produk terbaru, waktu operasi bisnes anda dan hari-hari anda tak berniaga atau ambil tempahan.
Bila dah ada website atau media sosial ni, bila kali terakhir anda update maklumat page tersebut? Semalam? Atau tahun lepas?
Sebagai peniaga, anda kena selalu update laman web anda, faham! Kenapa ye?
- Untuk stay up-to-date
Bila anda selalu kemaskini laman web , anda akan sentiasa up-to-date dengan perkembangan semasa. Bukan tu sahaja, website anda akan sediakan segala maklumat terkini kepada pelanggan dan anda akan terus sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, ini akan memudahkan kerja anda.
Contohnya, bila anda tak update maklumat di website anda, mungkin pelanggan akan order produk yang sudah kehabisan stok. Ini kerana, anda masih lagi kekalkannya dalam laman web anda tanpa beri notis yang ia sudah kehabisan stok.
- Perbaiki copywriting anda
Teknik copywriting juga ada era perubahannya. Ia banyak mengikut corak perbualan santai masyarakat zaman kini. Contohnya, anda boleh lihat macam mana peniaga-peniaga ini update status di media sosial seperti Facebook, Blog atau Instagram.
Semuanya santai. Sebagai peniaga, anda boleh tiru teknik santai ini, tapi jangan pula terlalu santai sehingga ada banyak kesalahan dalam copywriting anda, seperti penggunaan ayat-ayat yang tak sesuai untuk anda gunakan.
- Ikut perkembangan terkini
Mungkin segala apa yang ada dalam website anda sudah tak releven dengan keadaan kini. Cuba ubah design laman web anda supaya lebih mesra pelanggan dengan gunakan warna-warna yang menarik, ubah maklumat atau informasi di dalamnya dengan perkembangan terkini, dan upgrade gambar-gambar atau video yang anda upload dalam website anda.
Apa kata anda perbanyakkan live video di laman web anda, atau masukkan juga video tutorial serta video testimoni dari pelanggan anda.