Value Story. 3 Kelebihan Buat Anda

“Your story inspired me”

Value story adalah kisah di mana ada nilai yang tersendiri. Seperti kisah kejayaan, kegagalan, survival, dan kisah-kisah yang mampu menyentuh hati orang yang melihatnya. Bila mereka lihat atau baca kisah-kisah sebegini, akan terselit satu perasaan kagum, syukur, bangga dan sebagainya. Ini akan kuatkan lagi azam mereka untuk mengubah nasib diri dan orang-orang di sekeliling mereka.

Value story dalam kehidupan usahawan adalah kisah jatuh bangun para usahawan yang dah berjaya. Mereka berjaya atas usaha diri sendiri dan sokongan dari oarang yang mereka sayang. Jika anda pernah lalui kehidupan yang sama seperti mereka, bermula dengan kosong dan berusaha sehingga berjaya, pernah lalui kehidupan yang susah sebelum dapat kecapi kejayaan hari ni, anda boleh jadikan kisah anda ini sebagai sumber inspirasi kepada orang lain.

Anda boleh gunakan kisah anda atau kisah kejayaan sesiapa sahaja sebagai value story dan masukkan dalam website anda untuk rujukan para pembaca.

Apa yang ada dalam value story ini?

1. Ada pengajaran

Setiap value story ada pengajaran masing-masing. Seperti kisah arnab dan kura-kura. Kita diajar supaya jangan jadi sombong macam arnab yang suka berbangga diri. Jadilah seperti kura-kura, walaupun lambat, ia tetap berusaha dan bersungguh sehingga berjaya dan mengalahkan si arnab dalam perlumbaan. Sama juga kisah kejayaan.

Di setiap kisah kejayaan seorang usahawan, ada kisah suka duka yang terselit dalamnya. Kita hanya nampak kisah kejayaan mereka, tapi adakah kita tahu kisah mereka sebelum mencapai kejayaan. Ini yang patut kita gali dan beritahu semua orang. Supaya mereka ambil teladan dan pengajaran.

Ada peniaga yang gagal kerana mereka tiada ilmu, ada yang terlalu megah dengan kejayaan dan pelbagai kisah lagi. Jadi, pengajarannya, nak berjaya dalam sesuatu bidang, kita kena ada ilmu dan kesedaran tujuan sebenar kita berniaga.

2. Ada motivasi

Bila kita pernah jatuh dan gagal, kita akan takut untuk bangun semula. Kerana, kita tak nak perkara sama jadi balik kepada kita. Ingat tak waktu kita kecil dulu. Time kita mula-mula belajar naik basikal. Siapa yang mendorong anda untuk belajar. Pasti ibu bapa kita, betul kan? Kita bukannya pandai kayuh dari mula, tapi kita diajar oleh orang yang lebih pandai dari kita. Bila kita jatuh, mereka akan beri semangat dan dorongan sehingga lah kita boleh kayuh dengan sendiri.

Bila kita baca kisah-kisah kejayaan, ia memberi motivasi kepada kita supaya kita terus bersemangat dan ada motivasi diri sendiri. Sekiranya kita tak ada motivasi diri, kita akan selalu lemau dan berfikiran negatif.

3. Ada kisah kegagalan

Perasan tak, dalam value story ada tercatat kisah kegagalan seseorang usahawan. Ada peniaga yang selepas berjaya, mereka alami satu kejatuhan yang agak teruk sehingga boleh muflis. Ada peniaga yang baru je berniaga, dah kena tutup kedai.

Tapi, mereka tak pernah berputus asa malah bangkit dengan semangat yang baru dan terus maju ke depan. Bila mereka gagal, mereka cari peluang berniaga yang baru. Mereka nilai semula apa faktor yang menyebabkan mereka gagal dan berusaha untuk perbaikinya. Bukan terus hanyut sambil bermain perasaan atau menyalahkan orang lain.

Amacam? Anda dah ada kisah yang boleh dijadikan value dalam hidup? Kisah boleh dibuat pembakar semangat dikala anda dilanda masalah dan kecewa. Kisah yang boleh membangkitkan semula jiwa anda yang dah hampir musnah.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Value Story. 3 Kelebihan Buat Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



3 Comments

  • mohd azammi mohamad

    syukur alhamdulillah..terima kasih ilmu ini Dato WIRA dan Team Richworks semoga terus bg manfaat kpd semua usahawan,sy mmg nk kongsikan ilmu utk teladan dan pengalaman bg yg nak jd usahawan atau pengajaran dlm kehidupan..tp buat masa ni sy xdpt nk sehare secara umum sb dr segi pihak sy mmg,amat bangga pd diri sendiri..tp suatu masa sy akan kongsikan pengalaman yg berharga ini utk anak bangsa saya

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas sharing tuan, semoga tuan peroleh ilmu yang bermanfaat. Sekiranya tuan mempunyai sebarang soalan berkenaan program kami boleh hubungi kami di hotline: 0192442244

  • dapat mengambil sedikit sebanyak berkenaan dengan kisah kejayaan dan pedoman daripada kemuflisan seseorang dan bagaimana dia bangkit kembali daripada kegagalan yang dihadapi

Leave a Reply