Pentingnya Email Marketing. 5 Kelebihan Usahawan Guna Bulk Email

Tahu tak apa itu bulk email? Tahu sikit-sikit? Atau tak tahu langsung? 

Bulk email boleh dikategorikan sebagai penghantaran emel secara pukal. Emel ini akan dihantar kepada sejumlah besar database anda dengan sekali emel sahaja.

Emel ini biasanya terdiri daripada email marketing produk yang dihantar dalam kuantiti yang besar kepada penerima.

Contoh bulk email adalah, anda gunakan satu email marketing dan hantarnya kepada 5,000 database yang anda rasa sesuai untuk menerima emel ni.

1. Cara berkesan kembangkan bisnes

Kalau anda nak tahu, penggunaan bulk email atau penghantaran emel secara pukal boleh jadi cara email marketing yang berkesan untuk mengembangkan bisnes anda.

Untuk mendapatkan pelanggan baru, atau nak mengekalkan pelanggan yang dah sedia ada dengan ‘update’ mereka berita-berita atau info-info yang terbaru dari anda. 

Dengan bulk email ni, mereka tak akan terlepas dari menerima emel pemasaran anda.

2. Untuk menjadualkan bulk emel

Anda juga boleh jadualkan terus bulk email anda dengan newsletter, notis pemberitahuan, atau kempen pemasaran yang anda ingin emelkan kepada semua database atau kepada senarai database yang terpilih sahaja.

Apabila anda dah jadualkan emel ini, ia akan dihantar tepat pada masa dan tarikh yang anda telah pilih untuk semua database tadi.

3. Boleh pilih target pelanggan

Bila anda dah settingkan aplikasi untuk penghantaran emel secara pukal ni, anda boleh pilih untuk menghantar emel pemasaran kepada pelanggan yang anda sasarankan sahaja. 

Anda boleh buat pilihan sama ada nak hantar secara berkumpulan atau mengikut lokasi, umur, jenis peniagaan, pendapatan atau sebagainya. 

Bukan itu sahaja, ia terpulang kepada anda jika anda nak emelkan kepada pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada.

4. Bina hubungan yang menguntungkan

Anda juga boleh membina hubungan yang menguntungkan di antara peniaga dan bakal pelanggan atau pelanggan yang sedia ada. 

Ini kerana, anda memberi mereka maklumat dan info berkenaan produk atau servis yang anda jalankan. 

Manakala, apabila mereka berasa terpujuk dengan maklumat dan info yang anda sediakan, mereka akan dapatkan produk tersebut dari anda.

5. Komunikasi yang cepat

Bulk email juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi tanpa batasan yang cepat dan mudah digunakan oleh para usahawan. 

Dalam masa yang sangat singkat, sekali anda klik ‘send’, emel tersebut akan dihantar terus ke dalam inbox pelanggan anda. 

Ia sangat berguna kepada para usahawan sekiranya mereka ingin berikan tawaran yang memerlukan kelajuan dan bulk emel juga boleh digunakan untuk mengingatkan pelanggan tarikh akhir bagi sesuatu promosi akan berakhir.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Pentingnya Email Marketing. 5 Kelebihan Usahawan Guna Bulk Email” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

6 Comments

Leave a Reply