Jom Mengimarahkan Masjid! 3 Kelebihan Solat Berjemaah

Jom Mengimarahkan Masjid! 3 Kelebihan Solat Berjemaah

Ramai yang menarik nafas lega, apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat dan solat berjemaah.

Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak satu meter pada 18 Januari lalu.

Ketetapan itu memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah solat Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau, berbanding jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan melalui ketetapan terakhir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1 November 2021.

Solat Jumaat dilaksanakan secara berjemaah.

Tuntutan solat secara berjemaah dalam melaksanakan solat lima waktu sehari semalam juga sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.

Jika anda telah melaksanakannya, alhamdulillah. 

Nak tahu 3 kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian?

1. Pahala Berlipat Gali Ganda

Ganjaran pahala yang dikurniakan bagi seseorang yang melaksanakan solat secara berjemaah adalah berlipat kali ganda berbanding solat secara bersendirian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Solat berjemaah adalah lebih utama berbanding solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda) – Hadis riwayat Muslim.

2. Mengeratkan tali persaudaraan

Pelaksanaan solat secara berjemaah dapat mengikat tali persaudaraan antara sesama masyarakat Muslim.

Kesatuan yang dibentuk antara masyarakat sesama Islam ini boleh dijadikan sebagai senjata untuk memperkasakan nilai kerohanian dan keimanan.

Jika kita melakukan solat jemaah di masjid, kita akan bertemu dan berkenalan dengan jemaah lain.

3. Solat Bejemaah, Keluarga Bahagia

Solat berjemaah Indah jika dilakukan bersama ahli keluarga. Ayah atau anak lelaki menjadi imam.

Sebelum solat, si suami boleh mengajak ahli keluarga untuk sama-sama berjemaah dengan ajakan yang berhemah.

Selepas solat pula, hiasi ia dengan zikir atau sedikit pesanan ringkas kepada ahli keluarga.

Jika suami dan isteri menjaga kefarduan solat terutamanya solat berjemaah, hubungan yang terjalin pastinya semakin erat dan ampuh.

Alangkah beruntungnya mereka yang menjadikan solat secara berjemaah ini sebagai amalan harian.

Marilah kita bermuhasabah, bila kali terakhir kita solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Jadikan masjid dan surau sebagai destinasi pilihan untuk solat berjemaah.

Pandulah kehidupan keluarga kita dengan panduan takwa, pastinya sinar bahagia dalam keluarga akan menjelma.

Pada 14 Januari lalu, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman juga menerusi hantaran Instagram menekankan bahawa  kita perlu KEMBALI mendekatiNya secara individu dan berjemaah dan ia amat penting untuk kita semua!

“Dan saya juga berharap anak-anak lelaki dibawah 12 tahun terutamanya dibenarkan untuk ikut ke masjid mengikut prosedur operasi standard (SOP) terutamanya untuk solat berjemaah samada solat fardhu biasa atau solat Jumaat,” katanya. 

Mohon bantuan Allah SWT paling utama! 

Artikel terbaru

Leave a Reply