Kelebihan QR Code Dalam Bisnes

Pernah dengar QR Code? Apa bendanya tu?

Anda pasti pernah lihat simbol kotak berwarna hitam dengan corak tertentu di dalam akhbar mahupun medium pengiklanan yang lain? Simbol berkenaan dipanggil QR Code atau “Quick Response Codes”.

Fungsinya ialah untuk memudahkan kita mendapat dan mengesahkan maklumat melalui teknik pengimbasan kod. Ia juga membolehkan simpanan sesebuah maklumat di lakukan dalam kapisiti yang besar dengan memuatkan pelbagai jenis data.

Penggunaan QR Code boleh membantu meningkatkan pemasaran bagi sesebuah perniagaan dengan teknik :

• Penawaran Kupon & Diskaun
• Menghubungkan ke laman media sosial.
• Muat turun maklumat untuk dihubungi
• Memaparkan maklum balas pengguna
• Memberi ganjaran kepada pembeliReward loyalty program members
• Memaparkan borang peraduan
• Membuat pembayaran atas talian
• Memaparkan informasi produk
• Memaparkan tujuan & objektif perniagaan
• Mengimbas e-tiket
• Kad Perniagaan
• Risalah & pamplet produk
• Menu Restoran

Pelanggan akan rasa mudah untuk mendapatkan maklumat sesebuah perniagaan hanya melalui satu simbol mudah, yang mengakseskan diri pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kelebihan QR Code Dalam Bisnes” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply