“Alamak! Kedai sebelah buat sales la. Patut la ramai je orang dekat kedai dia”
Apa perasaan anda kalau anda tengok pesaing sebelah laku je jualan dia? Tiap masa, ada je orang masuk kedai sambil belek-belek barangan dalam tu. Kedai anda pula, boleh kira dengan jari…berapa orang yang masuk sehari. Pasti anda sedih dan depress je kan? Rasa nak tutup je kedai tu dan buat kerja lain.
Jangan risau la. Cuba anda renung balik, apa kurangnya bisnes anda berbanding pesaing anda? Cuba anda listkan apa kelemahan bisnes anda dan apa kelebihan pesaing anda. Apa kata anda baiki kelemahan anda dan tingkatkan jualan bisnes anda dengan ketahui kelebihan pesaing anda. Boleh ke boleh?
3 sudut pesaing anda yang perlu diketahui :
- Tahu teknik marketing yang digunakan
Cuba anda intai dan usha sikit, apa teknik marketing yang mereka guna dalam bisnes. Mungkin mereka iklankan guna banner, edar flyers, promote dekat Facebook atau Instagram, atau sebagainya. Jika anda tak gunakan semua teknik marketing power tu dalam bisnes anda, ni la masanya untuk anda gunakan.
Bila anda dah start guna online dan offline marketing ni, anda kena lah komited dan konsisten untuk sentiasa update bisnes anda. Servis anda pun kena lah tip top. Jangan main-main lagi.
- Tahu produk yang ditawarkan
Jika anda dan pesaing anda jual produk yang sama, contohnya pakaian. Anda kena tahu, apa yang membezakan pakaian di kedai anda dan pakaian di kedai pesaing anda. Mungkin pesaing anda sentiasa up to date dengan fesyen-fesyen dan rekaan terkini, sedangkan anda masih lagi dengan rekaan yang 3-4 tahun lepas.
Pernah tak customer cakap dengan anda, “akak tak ada ke jual baju design terkini?” Jika ye, cepat-cepat la tukar barangan anda dengan follow trend terkini. Mungkin kedai anda boleh sediakan pakaian yang kedai sebelah tak ada atau belum ada. Amacam?
- Tahu servis yang mereka sediakan
Ada sesetengah kedai, bila kita masuk kedai dia, dia duduk je dekat kaunter bayaran. Dah la tak ucap selamat datang, senyum pun nak tak nak je. Kalau anda sebagai pembeli, apa yang anda akan buat? Mesti terus keluar dan masuk kedai lain kan. Jadi, cuba tengok macam mana pesaing anda layan pelanggan mereka, berbanding anda layan pelanggan anda. Jika anda rasa ada banyak sangat kekurangan, baik anda betulkan segera.
Perbanyakkan senyum dan ringankan mulut untuk berikan ucapan selamat datang serta terima kasih. Anda juga boleh tanya apa yang mereka perlukan dan dengan itu, anda tahu apa yang mereka mahu dari anda.
Amacam? Anda dah rasa teruja nak ubah semula cara anda berniaga?