Anda pernah jadi sukarelawan? Mengapa anda jadi sukarelawan?
Adakah anda jadi sukarelawan kerana ingin membalas budi kepada komuniti dan melakukan kebaikan.
Tetapi sukarela boleh membina sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat.
Ini juga cara yang bagus untuk membangunkan kemahiran dan perhubungan anda dengan dunia luar.
Pada masa sama, menyumbang sebagai sukarelawan juga dapat memajukan dan jadi nilai tambah dalam kerjaya anda.
Selain menghulur bantuan kepada komuniti secara sukarela, banyak kemahiran perniagaan tidak ternilai daripada kesukarelawanan
Kejutan terbesar saya daripada menjadi sukarelawan ialah saya mempelajari begitu banyak kemahiran perniagaan yang berharga dalam proses itu.
Terdapat banyak peluang untuk membina kemahiran di seluruh landskap pengurusan
Berikut ialah beberapa kemahiran berharga yang akan anda pelajari apabila anda bekerja dengan organisasi tidak berorentasi keuntungan.
1. Kemahiran memimpin
Tidak semua orang mempunyai peluang untuk menjadi pemimpin dalam pekerjaan mereka.
Tetapi dalam organisasi yang anda sertai sebagai sukarelawan anda berpeluang menyerlahkan bakat sebagai seorang pemimpin.
Anda akan mempelajari perkara yang diperlukan untuk memimpin orang, termasuk penetapan matlamat, motivasi dan penyelesaian masalah.
Anda juga akan membangunkan kebolehan interpersonal yang membuatkan orang secara semula jadi ingin mengikut petunjuk anda.
2. Cara menguruskan organisasi
Ini sesuatu yang menyeronokkan. Biasanya, anggota badan sukarela terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Banyak yang anda boleh pelajari dan kongsi berasama anggota lain.
3. Pengaruh
Dalam badan sukarela anda perlukan pengaruh untuk meningkatkan motivasi anggota atau komuniti untuk melakukan sesuatu tugasan dan aktiviti.
4. Perhubungan awam
Anda akan mendapat pengalaman bercakap dengan wartawan, memberikan pembentangan di acara awam, bekerja dengan media dan banyak lagi.
5. Pengumpulan dana
Pengumpulan dana dan pemasaran adalah sepupu rapat, dan anda akan belajar banyak tentang cara menarik orang ramai membuka dompet untuk menggerakan organisasi bukan berasaskan keuntungan atau badan sukarela.
Banyak yang anda peroleh bukan. Bakti anda bukan sahaja dirasai oleh komuniti atau tempat anda menyumbang.
Tanpa disedari, anda juga dapat manfaat dalam pelbagai aspek.