Pernah Nampak Iklan Di Atas Meja? 5 Kelebihannya Untuk Bisnes

iklan atas meja

Bila anda pergi menjamu selera di mana-mana kedai makan atau restoran, pasti anda pernah nampak iklan yang di letakkan di atas meja makan, sama ada dalam bentuk sticker yang di tampal atas meja ataupun brochure atau kad yang diletakkan di atas meja itu sendiri

Tanpa kita sedar, kita pasti akan belek-belek juga brochure atau kad serta tengok dan terbaca juga sticker yang diletakkan di atas meja tersebut. Betul kan? Ini adalah cara baru yang diambil oleh para peniaga untuk mempromosikan bisnes mereka dan menarik pelanggan.

Dan, makan adalah satu keperluan. Di negara kita terutama di kawasan bandar yang rata-rata pelanggannya suka makan di luar, iklan di atas meja ada faktor tersendiri yang menjadikan ianya patut dipertimbangkan oleh semua peniaga.

Jika anda pemilik cafe, restoran, kedai makan, kantin, food court dan sebagainya, anda perlu cuba gunakan teknik ini untuk promosi tawaran yang ada atau anda boleh sewakan ruang tersebut untuk orang lain letakkan iklan mereka.

Bila sewakan, bolehlah dapat sedikit income ya.

Kami nak kongsikan dengan anda kelebihan kenapa anda perlu letak iklan di atas meja makan.

5 kelebihan iklan di atas meja:

1) Isi Masa Menunggu

Ramai orang yang menunggu pesanan makanan mereka tak tahu nak buat apa sangat sementara menunggu. Jadi mereka akan belek-belek handphone atau tengok-tengok sekeliling atau sembang-sembang sahaja. Jadi anda bolehlah mengambil peluang ini. Iklan dalam bentuk sticker, brochure atau kad tawaran yang anda letakkan di atas meja mungkin akan menarik minat mereka

2) Sesuaikan Dengan Sasaran Pelanggan

Dari jenis pelanggan yang datang ke kedai makan, cafe atau restoran anda dah dapat kenal pasti siapa target anda, dah boleh agak berapa pendapatannya dan apa pekerjaannya.

Sebagai contoh, orang yang selalu makan di cafe di dalam hotel 5 bintang, cafe di KLCC dan di kedai makan biasa atau kantin di kilang adalah mempunyai latar belakang yang berbeza. Jadi anda boleh letakkan iklan yang sesuai dengan sasaran pelanggan anda.

3) Masa Membaca Yang Panjang

Pelanggan yang datang juga akan ada masa membaca yang lebih panjang sambil menunggu pesanan makanan atau sambil menunggu seseorang. Ini memberikan peluang untuk mereka baca, faham dan ingat apa tawaran yang dituliskan dalam iklan tersebut. Nak tak nak, sepanjang mereka berada di meja makan tersebut, mereka perlu nampak iklan anda.

Ada juga orang yang suka datang ke restoran yang sama, lagilah mereka ‘terpaksa’ nampak iklan yang anda letakkan di atas meja makan.

4) Murah

Anda tak memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan iklan di atas meja. ianya boleh dihasilkan dengan cepat dan dalam saiz yang berbeza. Frekuensinya juga boleh dilanjutkan ikut budget anda. Ada agensi periklanan yang khusus dalam mengendalikan iklan di atas meja.

Mereka dapat membantu anda menentukan berapa banyak meja yang anda mahu letakkan iklan, berapa lama iklan itu perlu diletakkan dan berapa banyak restoran, kedai makan, cafe, food court, kantin dan sebagainya yang anda mahu liputi.

Ada sesetengah tempat makan seperti kedai mamak dan food court, pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang demografik. Jadi pelbagai jenis iklan boleh diletakkan di atas meja, tak semestinya berkaitan dengan restoran atau industri makanan sahaja.

Contoh, jika anda ingin mengadakan satu event di Kuala Lumpur, anda juga boleh menggunakan iklan di atas meja untuk memberitahu semua orang yang hadir ke kedai makan tentang event tersebut.

5) Meliputi Seluruh Demografik

Ada sesetengah tempat makan seperti kedai mamak dan food court, pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang demografik. Jadi pelbagai jenis iklan boleh diletakkan di atas meja, tak semestinya berkaitan dengan restoran atau industri makanan sahaja.

Contoh, jika anda ingin mengadakan satu event di Kuala Lumpur, anda juga boleh menggunakan iklan di atas meja untuk memberitahu semua orang yang hadir ke kedai makan tentang event tersebut.

Artikel terbaru

Leave a Reply