Bila anda berniaga, anda kena marketkan produk anda. Tapi, kalau anda seorang yang lemau, malas nak join aktiviti seperti kelab, persatuan atau komuniti, macam mana anda nak kenal ramai orang? Nak bagi orang kenal produk anda?
Sebab tu lah anda kena aktif bergaul dengan orang ramai. Nak kenal orang ni, bukan sahaja kena aktif di media sosial, tapi secara real live. Kenal face to face.
So, anda kenalah join kelab, persatuan atau komuniti yang ada di tempat anda. Bila anda join mereka ni, anda akan kenal dengan ramai orang dan secara tak langsung, boleh promote produk atau servis yang anda ada.
Ingin tahu apa kelebihan bila anda sertai kelab, persatuan atau komuniti ni?
3 sebab usahawan kena sertai kelab, persatuan & komuniti:
- Belajar perkara baru
Perasan tak, dengan join persatuan, komuniti atau kelab ni, anda telah belajar banyak perkara baru. Bukan tu saja, anda akan kenal ramai kawan-kawan baru.
Kalau nak cari kawan baru tu, cari lah kawan-kawan yang boleh beri anda mind set yang positif, seorang yang suka perbaiki diri dan ada banyak aura yang positif.
Bukan kaki borak atau kaki gossip. Tambahan pula kalau kawan-kawan anda tu ada banyak ilmu dan pengetahuan, jadi anda boleh share dengan mereka segala apa yang anda tahu. Lepas tu, masing-masing bagi komen dan pandangan.
- Menjadi sebahagian dari komuniti
Manusia diciptakan untuk hidup dalam kelompok dan saling memerlukan. Kerja yang besar harus mendapat tenaga kerja yang banyak dari masyarakat.
Bila anda sertai persatuan, kelab atau komuniti, anda sedikit sebanyak telah membantu komuniti untuk bekerja dalam satu kumpulan.
Kan pepatah ada mengatakan, berat sama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jika anda nak bisnes anda orang lebih nampak, anda boleh berikan mereka sumbangan atas nama syarikat anda, jadi penaja atau bantu mereka mana yang perlu.
- Melatih diri untuk berkomitmen
Bukan berniaga je perlukan komitment, sertai aktiviti ni pun perlukan komitment.
Kalau anda nak latih diri anda untuk komitmen, anda kena beranikan diri untuk pegang jawatan dalam persatuan, kelab atau komuniti yang anda sertai ini. Boleh?