Bila anda dengar ego, pasti anda fikir ia perkara yang negatif. Tapi, anda boleh jadikan ego anda kepada ego yang positif. Sebagai peniaga, anda kena jaga ego dalam diri anda. Bukan ego yang boleh menjatuhkan , tapi ego yang boleh bawa lagi bisnes anda ke puncak kejayaan.
Dengan mengawal ego, anda boleh merubah hidup anda. Kerana, tak ramai peniaga yang sanggup berubah bila bisnes mereka dah stabil dan dapat income yang tetap, betul?
Kami akan kongsikan 5 kekuatan ego yang positif, yang peniaga perlu ada bagi memantapkan bisnes mereka.
- Kenapa anda perlukan ego?
Tanya diri anda, kenapa anda perlukan ego yang positif? Adakah anda yakin yang ego tidak akan memberi kesan yang negatif pada anda? Adakah ego ini boleh buktikan sesuatu pada masyarakat di luar sana?
Apakah ego boleh mempengaruhi kejayaan besar anda? Tanya semua soalan ini pada diri anda. Jika anda tak dapat nak jawab soalan-soalan ini, SILA buang ego dalam diri anda. Rendahkan ego bila anda rasa ianya tak bantu anda untuk menjadi lebih baik dengan pergi mencari ilmu dan belajar dengan mentor yang dah berjaya.
- Bina keyakinan
Pernah tak anda berjumpa dengan orang yang confident atau ada keyakinan dengan diri sendiri walau dia dilihat orang lain seperti banyak kekurangan? Ini kerana, beliau telah bina keyakinan dalam diri yang mana orang lain tak boleh nak runtuhkannya. Dia tahu dengan jelas apa kekuatan diri sendiri, apa matlamat yang dia hendak capai dan tahu apa jalan yang dia perlu ambil.
Jika anda tak confident, akan timbul perasaan ragu-ragu, was-was dan sikap tak berpuas hati dalam diri anda. Bagaimana anda nak orang yakin dengan anda jika anda sendiri pun tak yakin dengan diri sendiri?
- Untuk dikelilingi orang positif
Kekuatan ego yang positif adalah penting untuk bantu anda kelilingi diri anda dengan orang-orang yang lebih berjaya dan menghadapai orang sekeliling yang selalu memandang rendah diri anda. Jika rakan-rakan anda dan keluarga sentiasa memberikan kritikan yang tidak munasabah, ini sudah pasti boleh membawa kepada harga diri yang rendah.
Tapi bila anda pandu ego anda dengan baik, anda dapat mengawal segalanya. Anda akan berani untuk berada di kalangan orang yang lebih berjaya supaya dapat belajar dengan mereka dan menghadapi segala kutukan manusia sebaiknya.
- Bantu berhadapan dengan orang lain
Ego yang ‘baik’ menjadikan anda berani dan kuat untuk berhadapan dengan orang lain. Terutamanya sebagai peniaga, bukan mudah untuk anda berhadapan dengan orang yang anda tak kenali dan untuk meyakinkan mereka tentang kebaikan produk atau perniagaan anda. Tanpa ego yang terkawal, anda akan rasa kurang yakin.
1 Comment
kita perlu ada ego positif untuk berani bertindak dan berhadapan dengan sesuatu/orang untuk lebih berjaya