Kekayaan Sebenar, Kaya Jiwa

Kekayaan sebenar, kaya jiwa

Setiap daripada kita, pasti ingin mengecapi kebahagian malah kekayaan dalam kehidupan ini.

Bagaimanapun, kekayaan ini bukan hanya mengenai wang ringgit dan harta benda sebaliknya ada lagi perkara lain.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Kekayaan sebenar bukanlah dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kekayaan sebenar adalah kaya jiwa.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah dengan hanya memiliki harta benda tetapi terletak di dalam hati iaitu kaya jiwa.

Percayakah kita dengan kata hati? Dalam hadis yang lain Nabi SAW menjelaskan bagaimana hati memperoleh kemanisan iman. Maksudnya ketenangan hidup atau juga boleh diertikan sebagai kaya jiwa.

Tapi bagaimana nak memperolehi kaya jiwa ini?

Bagi memiliki kekayaan jiwa ialah dengan bersyukur. Tidak kira ketika kita memperoleh kebaikan seperti kesihatan, keluarga, sahabat ataupun ketika berdepan kesusahan dalam hidup ini seperti krisis pandemik yang beri kesan kepada ramai orang.

Selain itu, kita juga disarankan agar berfikiran positif mengutamakan kebenaran dan kasih sayang.

Memberikan harapan, mendahulukan perkara utama, menghargai waktu dan tidak berlengah dalam bertindak serta sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain.

Setiap manusia juga perlu berkongsi nikmat kurniaan Allah serta menggunakannya ke arah kebaikan melalui amalan bersedekah dan memanfaatkan harta ke jalan Allah dengan membantu golongan fakir miskin dan memerlukan.

Hakikatnya jiwa yang kaya penuh dengan sifat mulia seperti bantu satu sama lain, tenang dan bersyukur dengan apa yang ada, menghormati sesama insan dan tidak memiliki sifat-sifat hati yang tercela.

Justeru itu, apa sahaja perkara yang dilakukan dalam hidup, bermatlamat mendatangkan kebahagian. Mari miliki kaya jiwa dan sekiranya ada kaya harta ia merupakan satu kelebihan untuk anda dapat lebih banyak menyumbang kepada mereka yang memerlukan, insyaAllah.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply