Kejayaan Amancio Ortega Membina Zara

Kejayaan Amancio Ortega Membina Zara

Pada tahun ini, Amancio Ortega sudah berusia 85 tahun yang kini merupakan bilionaire ke-13 terkaya di dunia dengan net worth $77.2 bilion bersamaan RM324.9 bilion setakat semalam (17 Julai 2021) mengikut Forbes.com.

Beliau merupakan pemilik jenama besar rangkaian kedai pakaian Zara yang mempunyai lebih 7,000 outlet seluruh dunia. Dia juga pemilik beberapa jenama kedai pakaian lain yang mensasarkan pasaran-pasaran yang berbeza seperti Pulls & Bear, Massimo Dutti & Lefties.

Berasal dari Spain, Amancio Ortega lahir pada 28 Mac 1936 telah memulakan kariernya pembuatan tekstil menerusi syarikat keluarga yang kecil pada 1963.

Bagaimana Amancio Ortega bermula?

Ramai orang ingat nak berjaya dalam bisnes kena sekolah tinggi-tinggi, mungkin ya, mungkin tidak tetapi Amancio berhenti sekolah ketika umurnya 13 tahun dan buat keputusan untuk bekerja sebagai kuli di sebuah kedai pakaian.

Apa yang agak menarik tentang Ortega ini ialah, dia bekerja dengan orang sehingga hampir 14 tahun sebelum memulakan bisnes pakaiannya sendiri pada umur 27 tahun (1963) dan bakal-isteri dia, Rosalia Mera ketika itu adalah tukang jahit dia yang menjahit pakaian-pakaian yang mahu dijual hanya menjahit di rumah sahaja.

Hanya selepas 12 tahun berniaga, pada tahun 1975, Ortega membuka kedai Zara dia yang pertama dan 13 tahun selepas itu, bermula pada tahun 1988, beliau melebarkan rangkaian kedai Zara ke Portugal, Perancis dan Amerika Syarikat.

Beliau tidak membina jenama kedai pakaian lain sehinggalah pada tahun 2008, dia memperkenalkan jenama butik pakaian yang lain seperti Pull & Bear dan mengambil alih jenama Massimo Dutti.

Jenama Zara kini berada di lebih 77 buah negara dalam dunia.

“Di jalanan, saya hanya mahu diiktiraf oleh keluarga, rakan dan orang yang bekerja dengan saya,” kata Ortega.

Apa kita boleh belajar daripada proses pembinaan bisnes Amanci Ortega :

1/ Beliau amat fokus membina perniagaan beliau Zara sehingga ia benar-benar berjaya sebelum membina jenama yang lain. Sedangkan ramai usahawan yang baru mahu bermula atau ala-ala baru buat duit sedikit sudah mula mahu buat pelbagai bisnes lain atau cuba membina jenama lain. Mungkin ada yang berjaya tetapi mengikut pengalaman kami membina usahawan sejak 13 tahun ini, peratusan yang berjaya membina pelbagai bisnes pada awal perniagaan adalah amat amat amat tipis hampir-hampir tiada.

2/ Ortega seorang yang gigih bekerja membina jenama butik pakaian beliau dan beliau memilih untuk tidak dikenali. Untuk makluman, sehingga tahun 1999, tiada gambar Amancio yang ada untuk digunakan oleh media kecuali gambar dari kad pengenalan dia.

3/ Memudahkan ramai orang mendapatkan produk atau perkhidmatan kita amatlah penting dan Ortega bekerja keras untuk membina rangkaian kedai Zara di seluruh dunia agar mudah untuk pelanggannya mendapatkan pakaian-pakaian keluarannya.

4/ Umur dia kini adalah 85 tahun. Tua atau muda bukanlah menjadi faktor untuk memulakan sesuatu. Yang penting ilmu. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah, rutin harian pagi Amancio adalah membaca buku dan berenang.

5/ Beliau membina “cash cow” beliau yang pertama iaitu perniagaan rangkaian butik pakaian Zara sehingga benar-benar mencapai billion dollar sebelum melabur ke dalam hartanah, perhotelan dan pelbagai bisnes lain.

Bagaimana, belajar sesuatu? Adakah sesiapa di sini yang bermula menjahit dari rumah? Ataupun mula bisnes dari rumah? Tak mustahil untuk anda juga boleh berjaya dan berkembang lagi jika ada ilmu, strategi dan bimbingan MenThor yang ada proven results, insyaAllah.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply