Kegunaan Sidang Akhbar. 4 Kebaikan Buat Usahawan

Sekiranya anda nak boostkan bisnes dengan cepat, apa kata anda gunakan sidang akhbar dan siaran akhbar untuk marketkan bisnes. Mungkin ada yang anggap cara ini dah lapuk, tapi ia masih lagi boleh diguna pakai pada hari ini.

Sidang akhbar sangat sesuai digunakan untuk membantu syarikat anda mendapat publisiti dan liputan meluas di dada akhbar dan tv. Bukan tu saja, bila anda dapat liputan di akhbar atau tv, secara tak langsung produk anda juga akan dapat liputan dari pihak blogger dan media sosial seperti Facebook.

Nak tahu apa benefits bila anda gunakan sidang akhbar dan siaran akhbar ni?

4 kebaikan dalam sidang akhbar yang diadakan :

  1. Perkenalkan produk anda

Setiap peniaga yang gunakan siaran akhbar akan dapat manfaat dari penggunaannya. Tak kiralah bisnes anda kecil atau besar dan apa industri yang anda ceburi. Ini kerana anda ada produk yang nak dikeluarkan atau dipasarkan. Walaupun bisnes anda baru bermula, tapi inilah masanya untuk anda perkenalkan produk anda pada orang ramai. Bila anda gunakan siaran akhbar, target market anda juga akan meluas.

  1. Orang kenal syarikat anda

Ini peluang untuk anda kenalkan syarikat anda. Ramai pengguna hanya tahu produk, tapi mereka tidak tahu company mana yang keluarkan produk yang mereka guna. Bukan tu saja, bila orang dah kenal syarikat anda, lagi mudah untuk mendapat peluang kembangkan syarikat.

Bila orang lihat syarikat anda ada potensi bisnes yang luas, akan ada peluang untuk joint venture, nak menaja syarikat anda dan ada yang tawarkan untuk luaskan pengaruh bisnes.

Selain itu, anda juga membiarkan pelanggan tahu siapa anda, apa yang anda lakukan, dan mengapa mereka memerlukan anda. Apabila anda mendapat perhatian wartawan, dan dari masa ke masa, apabila mereka mula mempercayai anda, mereka akan memberi anda lebih banyak liputan media.

  1. Menjadikan anda pakar industri

Apa yang penting sangat kalau anda jadi pakar dalam industri? Bila anda jadi seorang yang pakar dalam industri yang anda ceburi, anda akan mendapat kepercayaan dari pelanggan anda. Sebaik sahaja mereka percaya dekat anda, lagi mudah untuk mereka berurusan dengan anda. Ini kerana anda dah tawan hati mereka dengan kepercayaan.

Selain itu, perhubungan dengan media juga anda kena jaga. Apabila media memerlukan seseorang untuk mengulas mengenai cerita yang berkaitan dengan industri yang sama dengan anda, mereka akan jadikan anda sebagai pakar rujukan.

  1. Untuk dapat customer

Sekarang, siaran akhbar juga boleh dibuat secara live. Buka sahaja live di televisyen, tapi di media sosial menerusi page rasmi akhbar tersebut. Jadi, bukan sahaja penonton di rumah dapat lihat anda, malah penonton yang ada smartphone juga boleh tahu pasal anda. Dalam ramai-ramai yang tonton anda, sebahagian dari mereka adalah pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kegunaan Sidang Akhbar. 4 Kebaikan Buat Usahawan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply