Kecil-Kecil Cili Padi, Ini 5 Usahawan Berjaya Berusia Bawah 15 Tahun

Kecil-Kecil Cili Padi, Ini 5 Usahawan Berjaya Berusia Bawah 15 Tahun

Anda mesti pernah dengar senarai ’30 Under 30’ dan yang seumpama dengannya bukan? 

Senarai sebegini diadakan bertujuan bagi meraikan usahawan dalam golongan umur tertentu yang telah mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Namun, pernahkah anda membayangkan senarai yang menampilkan usahawan seawal usia 9 tahun?

Sememangnya tiada spesifikasi umur untuk anda mencapai kejayaan dan tiada siapa yang tahu lebih daripada usahawan muda dalam senarai ini.

Mereka tidak memerlukan lesen memandu atau diploma sekolah tinggi untuk mengubah idea mereka menjadi perniagaan yang berkembang maju.

Mari kita lihat 5 individu muda hebat yang telah berjaya bangunkan syarikat mereka sendiri.

1.   Brandon dan Sebastian Martinez – Are You Kidding

Brandon, 13, dan Sebastian Martinez, 11, menjual stoking ‘funky’ dan kreatif mereka untuk orang ramai yang suka bergaya sambil turut membantu Dana Penyelidikan Diabetes Juvana dan Autism Speaks.

Sejak 2014, Are You Kidding telah bekerjasama dengan sekolah di seluruh Amerika Syarikat untuk menyediakan stoking untuk pengumpulan dana sekolah.

2.   Maddie Rae – Maddie Rae Slime Glue

Demam slime sememangnya melanda golongan kanak-kanak dan Maddie Rae, 12, tidak mensia-siakannya apabila dia mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan ‘Maddie Rae Slime Glue’.

Ideanya tercetus apabila dia suka untuk menghasilkan sendiri slime namun sukar mencari gam yang bersesuaian di kedai.

Menariknya, dia tidak berputus asa untuk melalui pelbagai proses ‘try and error’ sebelum berjaya akhirnya.

Maddie telah mengembangkan produk jualan di kedai atas taliannya dengan menampilkan rangkaian slime, gam slime dan aksesori slime.

3.   Jelani Jones – Lani Boo Bath

Sejak dari usia 9 tahun lagi Jelani Jones menggemari produk mandian. Akhirnya, kecintaannya terhadap produk itu diterjemahkan melalui Lani Boo Bath.

Jelani melawat pasar tani dan menguji seberapa banyak produk yang dia boleh temui. Salah seorang peniaga di situ menjadi mentornya dan akhirnya minatnya terhadap produk mandian menjadi sebuah kerjaya yang sangat menguntungkan buat dirinya.

4.   Hannah Grace – BeYOUtiful

Selepas dicabar oleh bapanya untuk mencipta produk sama yang digemarinya dari gedung kesihatan dan kecantikan pilihannya, Hannah Grace memulakan perniagaan bom mandinya sendiri bernama BeYOUtiful ketika berusia 10 tahun.

Uniknya, Hannah mendermakan 20% daripada setiap pembelian kepada Dana Penyelidikan Diabetes Juvana kerana dia telah didiagnosis dengan diabetes Jenis 1 sewaktu bayi.

5.   Asia Newson – Super Business Girl

Dikenali sebagai usahawan termuda Detroit, Asia Newson, 14 tahun, membuat dan menjual lilin buatan tangannya melalui syarikatnya, Super Business Girl.

Asia telah muncul dalam program televisyen hebat seperti The Ellen DeGeneres Show dan America’s Got Talent. 

Bukan itu sahaja, beliau merupakan penceramah utama untuk TEDxDetroit. 

Ibu bapanya masing-masing berkhidmat sebagai presiden dan pengarah jualan untuk perniagaan Super Business Girl.

Nak anak-anak anda pun jadi bangsa usahawan? Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply