Kenapa Anda Perlu Senyum? 5 Kebaikan Senyum Terutama Usahawan

“Comelnya awak senyum. Bergetar jantung hati saya”

Mesti anda selalu dengar orang cakap macam ni kan? Lepas tu, terus la tersengeh sorang-sorang kan. Betapa manisnya ayat tu kalau anda boleh dengar hari-hari. Lagi pun, senyum ni boleh berjangkit tau. Bila anda senyum je dekat pelanggan, pasti mereka akan senyum balik. Bukan tu je, hati mereka pun senang dan berbunga-bunga nak beli barang anda.

Apa lagi, cepat sebarkan virus senyum tu. Supaya anda boleh ceriakan hari-hari orang disekeliling anda. Wah! Indahnya dunia ni kalau semua orang senyum.

Jom kami kongsikan apa kebaikan bila anda senyum. Tambahan lagi, bila anda senyum dengan bos atau pelanggan.

5 manfaat senyum jika anda lakukan :

  1. Senyuman satu senaman

Anda tahu, senyuman adalah satu senaman. Ia dapat merangsang tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Kalau kita asyik senyum je, badan kita pun turut tersenyum. Bukan tu je, hati pun rasa senang dan tenang je. Lagi pula, bila kita senyum, kita telah gunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika kita kerutkan dahi. Ha! Apa lagi, nak awet muda kan, cepat lah senyum.

  1. Senyum boleh berjangkit

Cuba anda senyum dekat orang yang ada di depan anda, tengok dia senyum balik ke tak? Pasti senyum balik kan. Walaupun anda tak kenal dia, dia tetap senyum dengan anda. Sebab tu lah, senyuman ni berjangkit. Kalau dia tak senyum, mungkin dia ada masalah susah nak senyum. Jadi, bila pelanggan start nak melangkah ke kedai anda, terus senyum pada mereka dengan ucapan selamat datang.

  1. Senyum hilangkan stress

Senyum juga boleh hilangkan stress. Kalau anda rasa stress ketika bekerja tu, cuba-cuba la untuk senyum. Ini kerana, ia boleh hilangkan rasa letih, marah, sedih, kecewa dan bosan yang melanda anda. Ambil sedikit masa anda untuk senyum dengan mengenang perkara-perkara indah dalam hidup anda yang telah anda cipta bersama orang tersayang. Nescaya ia akan buat fikiran anda kembali tenang.

  1. Senyum buatkan anda lebih menarik

Orang akan rasa lebih tertarik bila anda senyum. Ini kerana, senyum boleh buatkan anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan anda akan nampak lebih berfikiran positif. Bila anda senyum, semua jenis magnet yang positif dan baik akan terus melekat dekat anda. Cuba anda masam macam cuka, bukan orang je tak nak dekat…rezeki pun takut nak masuk.

  1. Senyum satu sedekah

Mungkin anda pernah ayat ni kan, “senyum adalah satu sedekah”. Bila anda senyum, dan orang tu tak balas pun senyuman anda. Anda tetap akan dapat ganjaran pahala. Yang pasti, senyuman anda kena lah ikhlas dan bukan dipaksa-paksa. Jangan kedekut ukir senyuman. Dan ukirlah senyuman dari hati. Senang kan nak senyum?

So, jika anda ni orang yang susah sangat nak senyum, sekarang anda dah boleh belajar untuk senyum. Kan banyak kebaikan bila anda senyum. Tapi, bila bisnes anda boleh buat untung lagi banyak dari sekarang, rasanya lagi lebar anda senyum. Betul ke betul?

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kenapa Anda Perlu Senyum? 5 Kebaikan Senyum Terutama Usahawan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply

logo richwell