Kajian Pemasaran Dan Analisis Persaingan

Sebelum anda melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan, lakukan dua perkara ini iaitu kajian pemasaran dan analisis persaingan.

Kajian pemasaran dapat membantu anda mensasarkan pelanggan untuk bisnes anda manakala analisis persaingan membantu anda untuk menjadikan bisnes anda lebih unik dan menonjol. Gabungkan kedua teknik tersebut untuk menjayakan strategi pemasaran anda kelak.

Gunakan Kajian Pasaran Untuk Cari Pelanggan Anda

Kajian pasaran ialah satu kaedah yang anda boleh gunakan untuk kenal pasti siapa sebenarnya pelanggan anda.  Sebenarnya, penting untuk anda kenal pasti siapa sebenarnya pelanggan anda supaya anda boleh tahu dengan jelas bagaimana produk, perkhidmatan atau bisnes anda boleh bantu selesaikan masalah mereka. Dengan menggunakan kajian pasaran anda dapat kenal sikap pelanggan, demografik mereka (jantina, umur, pekerjaan, lokasi, pekerjaan, pendapatan) dan juga anda boleh kenal pasti minat, corak pembelian, masalah yang mereka hadapi dan lebih banyak maklumat tentang mereka.

Bukan itu saja, anda boleh kenal pasti apa minat mereka, pendapatan, dan banyak lagi maklumat yang bantu anda untuk buat keputusan tentang bisnes anda. Yang menariknya lagi, anda boleh dapatkan maklumat tentang persaing anda melalui kajian yang anda lakukan.

Dengan semua maklumat ini, lebih mudah untuk anda kuasai wilayah sekali gus menjadikan perniagaan anda unik dari pesaing sedia ada.

Bagi Memulakan Kajian Dan Analisis Ini, Anda Perlu Fokus Pada Persoalan Yang Melibatkan:

Permintaan

-Adakah sebarang permintaan ke atas produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan?

-Bagaimana servis / produk anda boleh bantu selesaikan masalah orang ramai?

Saiz Pasaran

-Berapa ramai orang yang perlukan produk atau perkhidmatan anda?

-Di kawasan mana yang anda boleh kuasai terlebih dahulu?

Tahap Ekonomi

-Berapakan tahap pendapatan mereka di sekitar lokasi yang anda sudah kenal pasti?

-Adakah kebanyakan mereka bekerja tetap?

Lokasi

-Di manakah wilayah yang anda mahu kuasai?

-Di manakah lebih ramai pelanggan yang memerlukan produk atau perkhidmatan anda?

Persaingan

-Berapa pesaing yang ada dalam kawasan yang sama?

-Adakah perniagaan lain yang boleh jadi cabaran dan bantu selesaikan masalah yang sama dengan pelanggan anda?

Harga

-Apakah harga yang ditawarkan oleh pesaing anda?

-Adakah harga anda sesuai dengan kemampuan sasaran?

Perkara di atas adalah apa yang perlu anda tahu untuk memudahkan anda merancang strategi pemasaran. Dekati sasaran anda dan bertanya. Cara untuk mendapatkan jawapan mereka adalah:

Borang Kaji Selidik – Anda boleh mendekati sekumpulan bakal pelanggan anda di satu lokasi dan minta mereka jawab soalan mudah melalui borang kaji selidik.

Temubual Rambang – Anda boleh mengadakan temu bual dengan mereka secara perseorangan atau secara berkumpulan.

Menggunakan Media Sosial – Anda boleh menggunakan aplikasi media sosial untuk melakukan ‘Poll’ atau mengutarakan persoalan pada pengikut anda secara ‘live’.

Sebenarnya, melakukan kajian dan analisis begini tidaklah susah kerana pengguna juga mempunyai masalah sendiri dan anda cuma perlu mengetahuinya. Jika produk / servis anda terbukti mampu menyelesaikan masalah mereka, pasti perniagaan anda mendapat sambutan. Jadi, mulakan langkah anda dengan melakukan kajian dan analisis ini dulu. Anda pasti menyedari betapa penting maklumat ini untuk bisnes anda.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Kajian Pemasaran Dan Analisis Persaingan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply