Bangsa usahawan mempunyai tanggungjawab besar dalam menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, impak kesan pandemik global.
Menurut Profesor Madya, Dr Ong Tze San dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), perniagaan kurang berpengetahuan atau jahil mengenai transformasi modal intelektual dan teknologi yang lebih dikenali sebagai ekonomi pengetahuan akan ketinggalan dalam konteks ini.
Kajian penyelidikan membuktikan ekonomi berasaskan pengetahuan atau lebih dikenali k-ekonomi mendorong kemajuan sosial.
Dapatan kajian juga membuktikan nilai pasaran perusahaan – dalam bidang ekonomi pengetahuan – sering melebihi nilai tertera dalam buku.
K-konomi, apa itu ekonomi berasaskan pengetahuan?
Ekonomi berasaskan pengetahuan ialah organisasi dan rakyatnya memperoleh, mewujudkan, menyebarkan dan menggunakan pengetahuan dengan lebih berkesan bagi pembangunan ekonomi dan sosial lebih hebat.
Ia menyediakan kaedah-kaedah lebih berkesan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta penyerahannya, selain kos lebih rendah kepada lebih ramai orang.
Jom kita ketahui 4 perkara berkaitan k-ekonomi dengan lebih lanjut.
1. Eksploitasi ilmu
Ekonomi yang berasaskan pengetahuan ini adalah satu sistem ekonomi di mana penjanaan dan eksploitasi ilmu serta pengetahuan memainkan peranan yang penting di dalam usaha untuk membina kekayaan.
Pendidikan, penyelidikan dan pembangunan adalah sektor utama ekonomi berasaskan pengetahuan. Bakat dan sumber manusia adalah aset yang paling penting.
2. Pasaran kewangan terbuka
Pemacu utama di sebalik ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan pasaran kewangan terbuka yang dapat membantu negara menarik bakat serta menggalakkan pembangunan dan inovasi.
Ekonomi berasaskan pengetahuan Malaysia mesti bergantung kepada pasaran kewangan yang terbuka bagi mencapai potensi sepenuhnya. Hal ini boleh dilakukan melalui pembangunan berterusan dan pembukaan kewangan Islam di Malaysia.
3. Trend dalam pasaran k-ekonomi
Aset tetap syarikat menyaksikan penurunan secara drastik dan aset tidak ketara, meningkat dengan pesat, terutama dari abad ke-21 dan seterusnya.
Trend ini dikuasai k-ekonomi dengan menunjukkan aset tidak ketara seperti modal intelek perusahaan mengatasi aset tetap.
Hal demikian berlaku kerana modal intelek diiktiraf dan dihargai sebagai komponen teras dalam meningkatkan daya saing perniagaan.
Perniagaan tradisional yang hanya tertumpu aset ketara kehilangan daya persaingan mereka. Prestasi perniagaan berkenaan jauh lebih rendah dibandingkan syarikat teknologi tinggi yang lebih menumpukan perhatian pada aset tidak ketara.
4. Perolehan aset intelektual
Cabaran utama dihadapi syarikat pada abad ke-21 adalah perolehan aset intelektualnya. Pengetahuan intelek syarikat sepatutnya dilihat sebagai asas lestari untuk menjana keuntungan kompetitif dalam perniagaan.
Oleh itu, untuk mencapai kejayaan dalam globalisasi masa kini, satu peralihan paradigma daripada era pembuatan kepada ekonomi pengetahuan atau k-ekonomi amat perlu ditekankan.
Syarikat perlu memanfaatkan penciptaan nilai daripada modal intelektualnya untuk berdaya saing dan meningkatkan kompetensi masing-masing.
Pada era ekonomi pengetahuan, industri berteknologi tinggi sebagai industri berasaskan pengetahuan, seharusnya menjadi keutamaan berbanding pengurusan aset tidak ketara yang diwakili modal intelektual.
Namun begitu masih terdapat kekurangan dalam memahami dan mengenalpasti cabaran semasa k-ekonomi yang sebenarnya selain itu perlunya ada idea-idea yang dapat menutup kelompangan dengan mengetahui isu-isu yang menjadi penghalang kepada k-ekonomi.
Pengaliran tumpuan kepada inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), bukan sahaja berlaku di dunia perniagaan, tetapi membabitkan negara.
Negara mula berubah dasar dan strategi menuju negara inovatif dengan inovasi teknologi dan pengetahuan maju sebagai penggerak utama peningkatan ekonomi dan sosial.
Sehubungan itu, bangsa usahawan perlu mengetahui trend terbaharu dalam pasaran.
Walaupun anda telah menjalankan perniagaan lebih dari 10 tahun, realiti strategi pemasaran yang dijalankan 10 tahun lalu adalah jauh berbeza dengan dunia hari ini.
Sebelum ini, peniagaan anda mengaut keuntungan lumayan tetapi semakin hari semakin menyusut atau tersekat di tengah jalan.
Apa yang perlu dilakukan? Bangsa usahawan perlu ilmu baharu dan terkini. Jadi jangan lepaskan peluang tambah ilmu anda terutama dalam aspek branding & marketing secara percuma.
Untuk keterangan lanjut, layari binabisnesberjaya.com.