Kenali Generasi Milenial, Jangan Salah Kaedah Pengiklanan

Pengiklanan

Jangan salah kaedah pengiklanan! Golongan milenial merupakan kumpulan generasi terbesar di Malaysia dengan generasi Y sebanyak 26 peratus dan generasi Z sebanyak 25 peratus. Ciri demografi memainkan peranan penting  dalam  tingkah  laku  pengguna  dan  boleh  menyebabkan  penyimpangan  daripada  model  umum proses  membuat  keputusan  pengguna. 

Pengiklan telah lama mengkaji  tentang kumpulan  generasi  bagi mengenal  pasti persamaan  dan  perbezaan  ciri  utama penentu  pemasaran  dan  penyesuaian  strategi  untuk  mendapatkan khalayak yang sepatutnya.

Perbezaan  generasi memainkan  peranan  penting  dalam  membentuk  selera  pengguna  dan  mempunyai  implikasi  besar terhadap  taktik  pemasaran.  

Tumpuan  utama  perhatian  adalah  tertumpu  kepada  milenial  kerana  generasi  ini  mendapat  pengaruh yang signifikan daripada generasi terdahulu, menetapkan trend di semua industri dan pasaran, dan kuasa pembelian tertumpu di tangan mereka.

Situasi & pengiklanan masa ini

Walau bagaimanapun, pemasar hari ini cenderung beralih kepada generasi Z yang merupakan  generasi  muda  yang  menjadi  daya  penggerak  baru  di  pasaran.  Kumpulan pengguna yang berpengaruh dan unik ini memberikan cabaran kepada pengiklan kerana mereka berbeza dengan generasi Y walaupun masih bergelar milenial.

Apabila milenial dan generasi Z memasuki alam pekerjaan dan mencapai  umur  ideal  semasa  bekerja,  generasi  ini  muncul  dengan  cepat  sebagai segmen  pasaran paling  menonjol  bukan  hanya  kerana  saiz  pasarannya  tetapi  kuasa pembelian.

Oleh kerana kemajuan teknologi dan perubahan  dalam  landskap  pengguna,  kebanyakan  milenial menggunakan  media  sosial  secara  aktif  setiap  hari  dan  mereka  dianggap  sebagai  pengganggu  kepada status quo sektor peruncitan tradisional.

Disebabkan itu, amat penting bagi pengiklan untuk  memahami  sikap  pengguna  milenial  melalui  perspektif  budaya  terhadap  pengiklanan  media sosial. Hal ini kerana milenial bersifat heterogen atau berlainan sehingga sikap dan persepsi mereka secara relatifnya pelbagai maka penerimaan ‘suka’ dan sikap mereka sentiasa berubah.

Rahsia kejayaan kempen pengiklanan

Kejayaan  sesebuah  kempen  pengiklanan  sangat  bergantung  kepada  sikap  dan  persepsi pengguna.   Sikap   kegemaran   pengguna   terutamanya   pengguna   milenial   merupakan   jalan   kepada kejayaan   sesebuah   pengiklanan.

Pandangan   mereka   sangat   penting   kerana   golongan   milenial merupakan segmen berkembang  dalam  persekitaran  digital  ini  dan  merupakan  pasaran  generasi terbesar di dunia dengan kuasa pembelian yang besar.

Sosial media dan pengiklanan dengan  hampir  3.5  bilion  pengguna  media  sosial  di  seluruh  dunia,  atau  kira-kira  45  peratus  daripada populasi dunia, media sosial  membuktikan kemampuan untuk menjangkau individu di hampir semua  segmen  pemasaran  yang  wujud.

Secara semula  jadi pertumbuhan   media   sosial     menarik   perhatian   pengamal   pengiklanan   berusaha   untuk mempromosi  dan  meningkatkan  jenama  melalui  kekuatan  media  sosial  dengan menyasar kankandungan  jenama  tertentu  kepada  pengguna  sasaran  yang  tepat. 

Sehingga Januari 2020, seramai 4.54 bilion  penduduk  seluruh  dunia  menggunakan  internet,  dengan  lebih  kurang  3.8  bilion  orang  yang terlibat  di media  sosial  secara  aktif,  mencapai  tahap  penembusan  sekitar  49  peratus.

Lebih  daripada  90  peratus  jenama  menggunakan  lebih  daripada  satu  rangkaian  media sosial  untuk  pengiklanan,  dan  syarikat  proaktif  dalam  menggunakan  strategi  dan  taktik  media  sosial.

Masih nak iklan cara tradisional? Tepuk dada tanya selera. Jangan terlepas pelanggan generasi melenial yang berada di media sosial.

Pada 17 hingga 19 Disember 2021, RichWorks dah menganjurkan Workshop Kuasai Social Media (WKSM). Medium untuk anda kuasai strategi asas pemasaran online di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn secara zero kos. 

Anda mahukan lagi workshop ini pada 2022? 

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply