Jangan Guna Duit KWSP Untuk Berniaga

Ya, jangan guna duit persaraan anda untuk berniaga jika hanya nak ikut-ikut orang lain, tak ada ilmu asas bisnes yang penting dan tak ada persediaan mindset seorang usahawan. 

Sebabnya, berisiko tinggi untuk bisnes anda tak bertahan lama, duit itu boleh ‘lesap’ begitu saja bila labur ke bisnes salah malah boleh pula menjadi bebanan tambahan kepada anda jika tak tahu macam mana nak uruskannya.

Duit yang diharapkan untuk bantu meringankan kesempitan dihadapi setelah tiada pendapatan mungkin tidak kesampaian malah boleh mendatangkan kerugian pula. Kami pasti tiada sesiapa di sini mahu situasi di atas berlaku kepada diri mereka.

Pengeluaran duit KWSP yang dibenarkan Kerajaan pasti tidak akan mencapai objektifnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu, anda kenalah buat persediaan dulu sebelum nak buat apa-apa perkara terutama untuk berniaga.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan dianggarkan seramai 2 juta ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 layak untuk memohon dibawah Program i-Sinar.

Syarat pengeluaran terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 bawah RM90,000 dan kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.

Permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020 dan pengkreditan berkala selama 6 bulan bermula Januari 2021. Bagi ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu KWSP anda akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Berniaga

Dalam pada itu, kami tahu berniaga adalah salah satu cara terbaik untuk membantu kehidupan anda dengan peluang menjana pendapatan yang baik malah lebih baik lagi dengan syarat adanya ilmu, strategi dan sistem berkesan disusuli tindakan dalam bisnes itu. Apatah lagi jika anda mempunyai bimbingan daripada MenThor yang telah terbukti melahirkan ramai usahawan berjaya daripada kosong hingga jutawan.

Berikut kami kongsikan 4 tips penting bagi mereka baru nak mula berniaga :

1. Buat research dulu

– Research dulu bisnes apa yang anda nak buat. Lihat sama ada produk atau perkhidmatan bisnes itu diperlukan orang ramai atau tidak.

2. Mulakan dengan kecil sebelum besar 

– Bagi yang baru saja nak berniaga, disarankan agar bermula dengan kecil bagi bisnes anda. Timba pengalaman dan asah kemahiran bisnes sebelum buat dengan lebih besar lagi. Contohnya, anda boleh menjadi ejen ataupun sertai dropship kepada produk atau perkhidmatan orang lain dulu. Modal yang dikeluarkan juga tidak banyak malah ada yang percuma.

3. Belajar, belajar dan belajar     

– Anda perlu belajar kerana bisnes ini bukannya mudah jika tak ada ilmu berkaitan. Usahawan yang ada ilmu lebih mudah mencapai matlamat mereka berbanding yang berniaga tanpa ilmu. Melalui ilmu bisnes yang ada, dapat elakkan seseorang itu melakukan kesilapan yang merugikan mereka.

4. Komitmen dan tindakan

–  Anda perlu berikan komitmen tinggi dan tindakan luar biasa sebagai seorang usahawan. Jika anda tak komited, jangan harap bisnes anda boleh terus berkembang dengan pantas.

Moga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak berikan anda idea dan panduan untuk membuat perancangan bagaimana menggunakan wang yang dikeluarkan daripada KWSP nanti. Bagi yang mereka yang nak berniaga, buatlah dengan jujur dan baik agar sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT.

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)]

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply