Jangan Biarkan Keresahan Menghantui Hidup Anda

Bila resah, ingat saat indah

Bila rindu, ku nyanyikan lagumu!

Begitulah bait-bait lirik lagu Bila Resah dendangan penyanyi tersohor, Anuar Zain.

Bercakap soal ini, diserang keresahan sekali-sekala adalah bahagian normal dalam kehidupan seseorang individu.

Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah keresahan (anxiety disorder) selalunya mempunyai kebimbangan dan ketakutan yang kuat, berlebihan dan berterusan tentang situasi harian yang dilaluinya.

Selalunya, gangguan keresahan melibatkan episod berulang perasaan kebimbangan dan ketakutan yang tiba-tiba mencapai saat kemuncak dalam beberapa minit (serangan panik).

Perasaan cemas dan panik ini mengganggu aktiviti harian, sukar dikawal dan boleh ‘berada lama’ dalam diri seseorang itu.

Anda boleh mengelakkan sesuatu tempat atau situasi bagi mengelakkan kewujudan perasaan ini.

Gejalanya mungkin bermula semasa zaman kanak-kanak atau tahun remaja dan berterusan sehingga dewasa seperti trauma yang dilalui suatu ketika masa dahulu.

Contoh jenis keresahan yang dialami adalah keresahan umum, gangguan keresahan sosial (fobia sosial), fobia khusus dan gangguan keresahan perpisahan.

Anda boleh mengalami lebih daripada satu gangguan tersebut dan sememangnya rawatan khusus boleh membantu anda mengatasinya agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Tanda-tanda dan gejala keresahan yang biasa termasuklah:

-Rasa gementar, resah atau tegang

-Asyik memikirkan bahaya, panik atau malapetaka yang akan datang

-Kadar degupan jantung berdegup kencang

Bernafas dengan cepat (hiperventilasi)

-berpeluh

-Menggeletar

-Rasa lemah atau letih

– Sukar menumpukan perhatian atau memikirkan apa-apa selain daripada kebimbangan dan   keresahan yang dialami sekarang

-Mengalami masalah tidur

-Mengalami masalah gastrousus (GI).

-Mengalami kesukaran mengawal kebimbangan

-Mempunyai keinginan untuk mengelakkan perkara yang mencetuskan kebimbangan

 Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

Jumpa doktor jika…

-Anda berasa seperti terlalu risau dan ia mengganggu kerja, perhubungan atau kehidupan seharian

-Ketakutan, kebimbangan atau kerisauan mengganggu anda dan sukar dikawal

-Anda berasa tertekan, menghadapi masalah dengan penggunaan alkohol atau dadah, mempunyai kebimbangan kesihatan mental yang lain termasuklah masalah keresahan

-Anda rasa keresahan yang dialami berkaitan dengan masalah kesihatan fizikal

-Anda terfikir malah pernah cuba untuk membunuh diri. Jika ini berlaku, dapatkan rawatan segera daripada pakar.

-Kebimbangan anda mungkin tidak hilang dengan sendirinya dan ia mungkin menjadi lebih teruk dari masa ke masa sekiranya anda tidak mendapatkan bantuan.

Dapatkan rawatan daripada pakar sebelum keresahan anda menjadi lebih teruk. Ia akan lebih mudah untuk dirawat jika anda mendapat bantuan awal dari sekarang. 

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Jangan Biarkan Keresahan Menghantui Hidup Anda” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

Leave a Reply