Jangan Berniaga Pada Tahap Sama

Jangan Berniaga Pada Tahap Sama

ALHAMDULILLAH, saya bersyukur kerana berjaya menyempurnakan sesi Inner Circle Meeting (ICM) Premier di The Datai, Langkawi baru-baru ini bersama lebih 60 ahli Titanium Premier RichWorks.


Dalam masa sama, terdapat detik bersejarah yang saya nak kongsi kepada anda bangsa usahawan iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra disapa Tokti secara rasmi menjadi Titanium Premier – Partner (TPP) pertama RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).


RichWorks punya kepakaran membimbing, melatih dan memberikan konsultasi dalam bisnes khususnya soal pemasaran digital dan penjenamaan.


Bila saya melihat jenama SimplySiti ini, sebenarnya ia bernilai pada tahap RM200 juta. Saya jangka ia mampu dicapai pada 2024 insya-Allah, jangan pula expect perkara itu berlaku esok pagi.


Ia merupakan satu proses, Sabella misalnya ambil masa tiga tahun untuk capai RM100 juta secara konsisten setiap tahun.


SimplySiti sudah ada jenamanya dan mampu capai RM200 juta menerusi penstrukturan semula penjenamaan, pemasaran digital dan penilaian semula produk untuk difokuskan.


Lebih penting, berapa ramai orang yang kami boleh bantu melalui platform yang ada melalui peluang bisnes dan kolaborasi.


Sebenarnya bila kita melihat dalam pasaran ada banyak produk kecantikan, tapi salah satu kelebihan adalah kekuatan nama Siti Nurhaliza itu sendiri.


Saya melihat produk kecantikan adalah produk utama dan perkara pertama yang kami nak expand dalam SimplySiti. Kami nak perkukuhkan lagi, insya-Allah.


Baru-baru ini, ketika saya berada di Indonesia saya cakap tentang Tokti dan semua orang kenal.
Semua orang… ooo Datuk Siti. Jadi wow, kenapa kita tak betul-betul perluaskan pasaran sana?


Insya-Allah saya akan terlibat untuk melatih wira usahawan di Indonesia dan sebab itu kami boleh hubungkan semua dalam projek ini.


Apa kata Tokti?


“Lepas saya habis sekolah, sudah kahwin dan ada anak, kini saya kembali belajar. Bila saya ada di sini (ICM Premier) saya rasa seronok.


“Saya tak fikir diri saya seorang penyanyi dan selebriti, sebaliknya letak diri sebagai seorang pelajar. Seronok bila dapat buat assignment, dapat berkongsi ilmu,” ujarnya pada sidang media di The Datai, Langkawi.


Tambah Tokti, beliau cuba perbaiki diri sendiri sebab tahu, ada banyak tanggungan di bawah dan insan-insan untuk dibimbing.


“Saya boleh katakan YA, ini adalah universiti untuk semua usahawan.


“Imbas kembali sewaktu zaman saya belajar jurusan ekonomi dan prinsip akaun, kadang-kadang semua itu tak masuk untuk digunakan dalam keadaan sebenar.


“Apabila kita mahu lakukan secara real sebagai usahawan, mahu adaptasi apa yang kita belajar, dari buku nak praktik di luar bukan senang.


“Praktikal itu bukan semua orang boleh buat dan dapat harungi. Dr. Azizan dan RichWorks ada skil itu,” jelasnya.


Itulah yang dikongsikan Tokti ketika ditanya wartawan-wartawan yang hadir. Jadi saya nak ulang sekali lagi bahawa saya percaya ramai lagi usahawan-usahawan kita yang boleh dibawa ke tahap lebih tinggi jika mereka mahu dibantu dan dibimbing.


Jangan terus berniaga pada tahap yang sama, sampai bila?

Artikel terbaru

2 Comments

  • DRK

    I were in Elite X for 1 year and has expired on March 2022 . Ins sya Allah will continue once my Sales pick up and raised at least up to RM150,000 .
    Sekarang saya gunakan ilmu yang saya pelajari semasa di Elite X dan sedikit pengalaman untuk memacu perniagaan yang saya bina ini iaitu DRK RICH CLUB FASHION , sebuah syarikat Bumiputra yang mengeluarkan serta memasarkan pakaian-pakaian exclusive berjenama DRK. Dan terkini kami keluarkan pakaian sukan Golf dan juga mengambil tempahan-tempahan untuk buat baju2 yang lain di bawah jenama DRK. ( Game Changer ).

    ” I hate plan B but I’ve A to Z strategies ” – DRK, Founder DRKRCF

    Terima kasih Allah, Terima Kasih Team Rich Works.

    • Team RichWorks

      Amazing! Terima kasih atas perkongsian tuan. Semoga tuan dapat capai target tuan dengan mudah dan segera. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply