Jangan Abaikan Penampilan. 7 Tips Tampil Bergaya

Jangan abaikan penampilan

Aku tak lalu lah nak beli kat kedai dia…serabai! Macam mana ni, kata jual insurans kesihatan, tapi diri sendiri tak fit?

Nampak, bagaimana penampilan anda boleh beri kesan kepada perniagaan anda. Jangan pandang remeh ye perkara-perkara macam ‘ni. Penampilan yang baik juga adalah ‘marketing’ terbaik untuk perniagaan anda.

7 tips penampilan yang bergaya:

1) RAPIKAN WAJAH

Perkara pertama orang lihat bila berkomunikasi dengan anda ialah wajah. Jadi, penting untuk anda jaga wajah anda. Jangan biarkan ianya kusut masai. Jaga rambut dan janggut supaya tersusun rapi.

Bagi perempuan, tak perlu bersolek tebal sangat. Nanti menyeramkan… Pastikan gigi anda bersih, wajah bersih dan berseri supaya tak menganggu pelanggan yang nak berkomunikasi dengan anda.

Rapikan wajah tak bermakna anda perlu berwajah sekacak dan secantik model, syukur kalau anda berwajah seperti demikian. Tapi memadai dengan kelihatan, kemas dan bersih.

2) PAKAIAN BERSIH DAN KEMAS

Aduhai… Pernah tak pergi ke mana-mana kedai dan kita tengok tuan punya kedai yang berpenampilan tak terurus? Pakaiannya yang dah comot, rambutnya yang dah kusut masai. Macam dah tak boleh beza mana satu tuan punya kedai, mana satu pekerja?

Silap-silap orang boleh patah balik bila tengok tuan kedai yang serabai macam ni. Belum dicampur dengan bau yang kurang menyenangkan.

Penampilan peniaga yang kemas, bersih, kalau boleh ada sedikit style tertentu boleh menyebabkan peniaga lebih mudah didekati dan diingati oleh pelanggan. Peniaga yang selekeh juga akan diingati, tapi susahlah untuk pelanggan nak datang balik ke kedai anda.

3) JANGAN JADI SEPERTI LAMPU ISYARAT

Peniaga perlu tahu menggunakan warna sebagai tambahan daya penarik kepada diri sendiri. Tapi, jangan pula dah serupa lampu isyarat! Semua warna pun ada.

Pastikan anda pandai suaipadankan pakaian anda. Terutama kepada peniaga wanita, janganlah pakai tudung merah, baju kuning dan seluar hijau atau tudung bunga-bunga, baju kotak-kotak dan seluar belang-belang dalam satu masa yang sama. Nampak sangat anda seperti confuse dengan diri anda sendiri.

Kalau tak pandai sangat, boleh pakai pakaian tanpa corak dengan warna-warna yang selamat seperti seluar atau skirt hitam yang boleh digabungkan dengan apa sahaja warna.

4) PAKAI JAM TANGAN

Jam tangan dapat menunjukkan keperibadian seseorang. Pakar-pakar imej berpendapat, dengan memakai jam tangan anda akan dilihat sebagai seseorang yang lebih serius dengan apa yang anda mahu katakan, anda adalah seorang yang mementingkan masa dan anda tak suka buang masa, straight to the point.

Jenis jam tangan juga dapat menunjukkan personaliti seseorang. Jam tangan yang simple, bertali kulit menunjukkan personaliti yang lebih matang berbanding dengan mereka yang memakai jam tangan yang penuh blink dengan tali yang bercorak-corak dan berwarna-warni.

5) KASUT JANGAN COMOT

Ini satu lagi perkara penting. Kasut! Tak perlu berkasut mahal buatan Itali, tapi cukuplah dengan kasut biasa yang bersih dan tidak berbau.

Jika anda ingin berjumpa seseorang yang berpangkat atau mempunyai kuasa beli yang agak besar, anda boleh memakai kasut kulit dan untuk yang lain anda boleh pakai sneakers. Jangan sekali-kali memakai selipar jepun, kasut yang koyak atau sandal flip flop.

6) SENTIASA FIT

Sebagai usahawan, anda tak dapat lari dari menjadi perhatian orang ramai. Jadi, adalah bagus untuk anda sentiasa kelihatan fit. Kerana bila anda fit, anda kelihatan cergas dan tak termengah-mengah.

Penampilan anda juga berkaitan dengan produk atau perniagaan anda. Jika anda menjual produk kesihatan, takaful, insurans, agak tak kena jika anda tidak mempunyai tubuh badan yang fit. Ini menunjukkan seolah anda sendiri tak mencuba gunakan produk yang ada jual atau produk anda tak berkesan!

Macam mana tu?

7) BASAHKAN WAJAH DENGAN WUDUK

Ini key point yang paling penting. Seri wajah mudah terpancar dari tubuh badan yang sentiasa berwuduk.

Tak guna juga anda berpakaian mahal, kasut berjenama, jam tangan tahap antarabangsa tapi air muka anda kusut dengan pelbagai masalah, hati sentiasa tak tenang…

Tips mudah, sentiasalah berwuduk. InsyaAllah, selain dari memberikan seri wajah, wuduk juga membantu anda untuk menarik beribu rahmat rezeki dari Allah SWT.

Artikel terbaru

Leave a Reply