Jaminan Wang DIkembalikan. 5 Kelebihan Buat Bisnes

Jaminan Wang DIkembalikan. 5 Kelebihan Buat Bisnes

“Companies that solely focus on competition will die. Those that focus on value creation will thrive”

Daripada anda fokus pada persaingan dalam bisnes, atau cari teknik nak atasi pesaing, apa kata anda fokus nak tingkatkan value dalam bisnes anda antaranya jaminan wang. Supaya pelanggan semakin bertambah dan asyik datang je ke kedai anda.

Salah satu cara yang anda boleh buat supaya tak hilang pelanggan adalah dengan berikan mereka jaminan wang dikembalikan. Ini akan tambah keyakinan mereka kepada anda selain ia juga bertujuan untuk memikat hati mereka supaya terus berurusan dengan anda.

Kenapa anda perlu beri jaminan wang ini kepada mereka?

  1. Mencipta Trust

Cuba anda bayangkan, bila anda beli sesuatu produk seperti pakaian, dan ia ada sedikit kecacatan seperti terkoyak atau kotor. Bila anda pergi balik ke kedai tersebut, anda boleh buat pilihan samada nak pilih pakaian lain yang sama harga atau nak duit balik. Yang buat pembeli ragu-ragu, bila mereka membeli secara online. Kadang-kadang ramai peniaga online yang tak boleh dipercayai. Kita order lain, tapi dapat yang lain. Pernah terkena tak?

Jadi, jika anda berniaga online, anda boleh ikut cara ini. Jika apa yang pembeli tu dapat lain dari yang mereka order atau ada kecacatan pada barang order tersebut, anda boleh kembalikan semula wang mereka. Best kan kalau semua peniaga macam ni? Anda tak perlu bimbang nak berurus niaga kerana mereka ada value yang anda boleh trust. Betul ke betul?

  1. Buang Halangan Untuk Membeli

Contohnya, anda beli eBook secara online. Bila dah baca separuh, anda rasa tak best dan tak beri banyak input kepada anda. Jadi, anda boleh minta semula wang anda. Itupun jika pemilik eBook tersebut dah beritahu ketika anda mula-mula beli eBook tersebut dari mereka.

Kerana, ada sesetengah peniaga dah inform pembeli mereka syarat-syarat pembelian seperti jaminan wang dikembalikan, pertukaran barang dan sebagainya. Cara ini akan mengurangkan jurang antara anda dan pembeli selain buang halangan untuk membeli.

  1. Membezakan Antara Anda Dan Pesaing

Disebabkan tak ramai yang guna teknik ni dalam marketing mereka, so anda boleh la cuba. Ia juga dapat membezakan antara bisnes anda dan pesaing. Bila anda berniaga benda yang sama dengan orang lain, anda kena cari satu kelainan dalam bisnes tersebut.

Ada peniaga takut mereka akan rugi bila gunakan cara ini, tapi anda tak akan rugi jika anda buat SWOT analisis terlebih dahulu. Tetapkan syarat-syarat yang khusus sebelum anda nak kembalikan wang pembeli. So, baru ada win-win situation antara anda dan pembeli. Faham ke faham?

  1. Berikan Anda Value

Bila anda tawarkan jaminan wang dikembalikan, ia membolehkan anda sentiasa bertanggungjawab kepada setiap pembeli yang datang. Ini bermaksud, setiap urus niaga yang berlangsung dan setiap produk yang anda berikan kepada pembeli ada nilai yang tersendiri.

Bukan sekadar nak menjual dan dapat untung. Tapi, anda terapkan nilai-nilai yang baik dan bina trust dengan pembeli. Sekiranya mereka gembira, anda juga berpuas hati.

  1. Adakah Tawaran Ini Berbaloi Untuk Anda?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah ia berbaloi jika anda implementnya dalam bisnes? Tepuk dada, tanya hati anda. Sekarang ni, risiko nak hilang pelanggan dan bisnes sangat tinggi. Lagipula, semakin hari, makin ramai peniaga baru yang tumbuh dengan pelbagai produk dan jenama.

Menurut Darren Rowse, founder dan editor ProBlogger Blog Tips dalam blognya problogger.com, dengan tawaran jaminan wang dikembalikan, ia menjadikan jualannya semakin tinggi, membantu dalam membina kepercayaan dan hubungan dengan pelanggan, dan menjadikan beliau lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan nilai kepada para pembeli.

Amacam? Anda rasa ia berbaloi jika anda gunanya dalam bisnes ada. Sebagai peniaga, anda perlu berani ambil risiko. Jika anda nak lebih berjaya dan maju ke depan, anda kena ambil risiko yang orang lain takut nak buat.

Artikel terbaru

Leave a Reply