Jaga-Jaga! 3 Kesilapan Dalam Bisnes Yang Anda Mungkin Akan Buat Di Tahun 2020

Setiap kali masuk tahun baru, antara perkara yang biasa orang ramai lakukan ialah berfikir macam mana cara mereka tingkatkan pendapatan. 

Ada yang mula fikir untuk cari kerjaya baru dengan gaji yang lebih baik, ada yang nak buat kerja sambilan, ada yang mula nak buat bisnes dan ada yang nak perbaiki bisnes yang ada. Ramai orang sedar, mereka perlu perbaiki tahap kewangan mereka dan menjalankan perniagaan adalah satu cara yang menjadi pilihan orang ramai untuk tingkatkan pendapatan.

Malangnya, ramai yang tak sedar bahawa nak memulakan bisnes memang sesuatu yang mudah, tetapi cabaran sebenar akan tiba bila anda nak ‘sustain’ dan nak capai target sales yang anda letakkan nanti. Setiap target yang sepatutnya anda letak lebih tinggi dari sebelumnya, pasti anda tak dapat elakkan kesilapan-kesilapan yang muncul lebih-lebih lagi jika anda tak ada ilmu dalam melakukan pemasaran yang berkesan dalam bisnes.

Kesilapan Pertama: Masih Nak Berniaga Seorang Diri

Satu cara untuk menjadikan bisnes anda lebih berjaya dengan lebih cepat dan tanpa memerlukan masa yang sangat lama ialah dengan menambahkan ‘distribution channel’.  Bila distribution channel bertambah, seperti pertambahan ejen, stokis, dropship, anda juga perlukan peningkatan dari segi jumlah keluaran, perlu memberi latihan kepada team, dan perlukan kakitangan tambahan untuk mengurus selia bisnes.

Malangnya, ramai usahawan takut untuk membuat pelaburan dalam menambahkan jumlah team. Mereka masih percaya, bila berniaga seorang sendiri lagi senang untuk mereka kawal situasi. Kata mereka, makin ramai team, masalah akan lebih banyak, liabiliti akan bertambah tinggi dan mula timbul isu tidak percayakan team.

Just nak pesan je, dulu masa anda nak mulakan bisnes, anda pun susah nak percayakan diri sendiri dan anda buat je sampai jadi kan? Kalau anda tak percayakan orang lain, tak sediakan bimbingan, tak tunjukkan hala tuju bisnes yang betul, memang sukar untuk anda tarik perhatian team untuk kekal dan sama-sama berusaha untuk kejayaan bisnes. Sampai bila-bila pun anda akan berniaga sendiri pada tahap seperti yang anda ada kini.

Kesilapan Kedua: Masih Nak Berniaga Dengan Teknik Tahun Lepas!

Jika anda bergantung sepenuhnya kepada Sosial Media untuk iklankan bisnes anda, dan anda fikir anda sanggup laburkan jumlah yang lebih banyak pada tahun 2020 ini, sebab anda rasa ianya boleh bantu anda tingkatkan sales – anda patut fikir semula.  Dengan jumlah yang anda belanjakan tahun ini adakah ianya berbaloi, adakah pulangannya cepat dan adakah ianya lebih senang untuk dapat keuntungan?

Banyak perkara tentang sosial media akan berubah di tahun 2020 ini. Persaingan semakin kuat kerana pertambahan jumlah peniaga online. Dengan pertambahan platform e-commerce yang melangkaui sempadan antarabangsa, dengan berbagai cara dan kaedah yang lebih mudah yang digunakan oleh peniaga online, adakah anda yakin teknik pemasaran online anda yang menggunakan ilmu ‘tahun-tahun lepas’ itu mampu menjadikan anda pemenang dalam pasaran anda?

Adakah anda bersedia dengan teknik-teknik yang lebih terkini yang boleh bantu anda menang dalam persaingan sengit bisnes online ini? Adakah anda betul-betul jelas dengan permainan pemasaran online bisnes pada tahun 2020 ini?

Jika anda rasa ragu-ragu atau anda masih nak guna alasan “Kita tengok lah dulu”, atau “Kita cuba lah dulu…” Anda sebenarnya berisiko tinggi untuk menyebabkan jualan bisnes anda jatuh merudum di tahun ini.

Tanya diri anda “What is your plan for 2020? Are you ready to play a better game?” Kalau anda tak ada jawapan untuk dua soalan ini, anda sebenarnya tak 100% ready untuk 2020.

Kesilapan Ketiga: Anda Rasa Anda Dah OK Dan Dah Buat Cukup BaikRamai usahawan tak tahu dan tak tak ambil pusing tentang level pencapaian bisnes mereka sekarang. Mereka tak tahu di mana tahap mereka, dan ada yang langsung tak tahu apa yang mereka perlu nilaikan.

Ada 2 perkara penting yang usahawan perlu nilaikan. Pertama ialah sikap dan ilmu mereka sendiri sebagai usahawan dan yang kedua ‘performance’ bisnes mereka dari segi jumlah jualan, jumlah database, jumlah produk, peningkatan jenama, jumlah stokis dan ejen serta banyak lagi.

Tapi berapa ramai dari usahawan yang tahu dengan jelas keadaan bisnes mereka? Berapa ramai yang pernah analisa ‘prestasi’ bisnes anda? Dan kalau tak tahu situasi sekarang bagaimana anda nak tahu apa yang anda nak capai di masa akan datang?

Semua ini akan berlaku bila anda rasa OK dan bila anda rasa dah buat cukup baik. Di saat anda rasa bisnes anda OK dan anda dah buat lebih baik itu sebenarnya adalah kesilapan besar yang anda buat dalam bisnes anda.

Elakkan dari buat kesilapan ini.  Cari jalan untuk anda bina bisnes anda untuk jadi lebih baik.

Muat turun ebook terkini kami www.richworks.com/ebook/20idea dan dapatkan ebook 20 Idea Marketing Terbaik Untuk Tahun 2020.

Artikel terbaru

Leave a Reply