Jadual Hidup Usahawan Berjaya

Jadual Hidup Usahawan Berjaya

Sebagai manusia dan juga hamba-Nya, kita bukan sahaja perlukan kejayaan di dunia, malahan di akhirat juga. Sekiranya anda hanya berjaya di dunia, tapi kejayaan akhirat anda masih lagi kabur, anda rasa anda akan dapat keredaan dari-Nya?

Jika anda nak mencapai dua kejayaan ini, ada jadual yang patut anda buat dan patuhi. Anda perlu mendedikasikan masa dan tenaga untuk memperbaiki tabiat harian anda.

Berikut kami kongsikan contoh jadual hidup usahawan yang berjaya bermula dari mereka bangun dari tidur. Sama-samalah kita amal dan praktikkan dalam kehidupan harian kita.

6 jadual hidup usahawan yang berjaya

  1. PERBANYAKKAN AMALAN SUNAT

Jika anda nak rezeki anda semakin murah dan mencurah-curah, amalkan dalam diri anda untuk bangun awal pagi setiap hari.

Hidupkan hari anda dengan amalan-amalan sunat seperti mandi pagi, lakukan solat sunat Dhuha dan sebagainya, berzikir, membaca Al-Quran atau Al-Mathurat dan bersenam.

Sekiranya anda boleh lakukan bersama keluarga anda lagi baik. Ia akan mengeratkan hubungan kekeluargaan anda dan menambahkan kasih sayang.

Jika anda lakukan ia secara konsisten, anda akan nampak satu perubahan yang anda mungkin tak pernah alaminya.

  1. MAKANAN YANG SIHAT

Jangan lupa untuk mulakan pagi anda sebelum ke pejabat dengan bersarapan. Untuk bekerja pada tahap prestasi yang kemuncak, tubuh anda memerlukan tenaga.

Anda bukan hanya sekadar minum secawan kopi dalam perjalanan ke pejabat, tetapi anda mengambil masa beberapa minit untuk makan makanan sihat atau minum jus berprotein, tidak kira di mana sahaja anda berada.

Elakkan diri anda dari mengambil makanan yang berminyak dan berlemak kerana anda akan cepat mengantuk dan kerja anda akan huru hara nanti.

Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan yang sihat untuk mengekalkan tahap kecergasan badan anda.

  1. MERANCANG HARI ANDA

Perkara pertama yang anda boleh lakukan pada waktu pagi ialah, lihat kalendar anda dan aturkan jadual anda mengikut kepentingan.

Jika anda mempunyai masa-masa tertentu yang terbaik untuk bekerja dalam sehari, gunakan masa itu dengan sebaiknya untuk lakukan kerja-kerja yang memerlukan ketenangan.

Demi menjaga tenaga anda supaya konsisten sepanjang hari, jadualkan waktu rehat yang kerap dan singkat untuk anda makan makanan ringan yang sihat.

Jauhkan diri anda dari aura negatif dan tarik magnet positif dari orang disekeliling anda. Elakkan juga diri anda dari keadaan yang stress kerana ia boleh merosakkan mood anda sepanjang anda bekerja.

  1. INGAT TUJUAN ANDA

Ambil sedikit masa sebelum anda memulakan kerja harian untuk mengingatkan diri anda tentang matlamat anda serta matlamat syarikat anda.

Fikirkan tentang pelanggan utama anda dan bidang perniagaan anda yang paling menguntungkan. Kita sering kali teralih tumpuan dalam mengerjakan tugasan harian kita sehingga kita lupa apa yang membuat kita bahagia dan apa yang membawa keuntungan sebenarnya.

Dengan mengingat kembali tujuan ini, ia akan memberi anda lebih motivasi untuk bekerja, betul?

  1. HARGAI MASA ANDA

Tidak seperti wang, masa adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Anda tidak boleh membeli masa anda. Jaga masa anda dan gunakannya untuk melakukan perkara yang paling penting untuk diri sendiri dan syarikat anda.

Elakkan gangguan sebaik yang boleh. Sama ada anda mengetuai atau menghadiri mesyuarat, secara online atau secara peribadi, dapatkan kepastian tentang masa bermula dan berakhirnya mesyuarat itu.

Apabila seseorang meminta masa anda untuk konsultasi atau bermesyuarat, cuba minta soalan-soalan terlebih dahulu supaya anda boleh menyelidik sesuatu perkara itu lebih awal. Ini akan membolehkan anda menumpukan perhatian pada masa dan tugasan anda.

  1. TUNJUKKAN RASA TERIMA KASIH

Jadikan ia satu tabiat harian untuk duduk dan selalu bersyukur atas peluang yang diberikan kepada anda dan untuk semua perkara yang anda telah capai setakat ini.

Ingatkan diri anda tentang kejayaan masa lalu untuk membantu anda fokus, sentiasa berada di masa sekarang dan produktif.

Ringankan mulut anda untuk sentiasa berterima kasih kepada orang-orang yang banyak membantu anda dalam membina kerjaya dalam bidang perniagaan ini.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply