“Jadilah…Janji Duit Masuk…” Usahawan Jangan Tiru Perangai Ni

Ada tak antara anda yang tengah baca artikel ni suka makan burger? Alah…burger yang biasa jual kat stall tepi-tepi jalan tu…

Kami suka makan burger tepi jalan…dengar bunyi macam biashe-biashe, tapi majoriti burger tepi jalan ni rasa dia luar biashe lagi padu dari burger-burger lain.

Eh, cakap pasal makan je kan…sebenarnya kami nak share satu lagi story ni. Peristiwa ni berlaku time balik kerja, perut rasa lapar dan kami pun cari la burger tepi jalan.

Waktu tu pun hujan agak lebat, memang perut berkeroncong je. Sampai-sampai je lepas dah tengok menu dan harga, kami terus order.

“Bang, burger kahwin special satu, daging special satu ye..” Burger kahwin ni memang favourite la..just nak share je.

Sambil-sambil tunggu order teringat dalam kereta ada banyak duit syiling…jadi ingat nak bayar guna duit syiling je. Kami pun masuk kereta kira duit dulu.

Burger kahwin special – RM 4.50

Burger daging special – RM 3.50

Jadi total – RM 8.00

Kira-kira ngam duit syiling ada RM 9.00. Lega…boleh habiskan syiling ni..

Nak dipendekkan cerita, burger pun siap…kami mintak izin brader burger tu, “Kami bayar guna duit syiling boleh ye bang?”

“Boleh” jawab brader tu. Kami pun bagilah segenggam syiling berjumlah RM8.00 tu dan ‘sringggg….’ terus brader tu simpan duit syiling tu dalam bekas duit dia.

“Eh bang….tak kira dulu ke duit tu?” tanya kami dalam keadaan terkejut sikit. (Konon dramatik). “Alah…tak payah la bang…janji ada duit masuk. Syiling pun duitkan” jawab brader burger tu tersengih-sengih.

Ini tak boleh ni, brader ni tak kira duit on the spot walaupun duit syiling 50 sen ke, 20 sen ke, 10 sen ke, 5 sen ke…wajib kira bang. Aduhh…

Macam mana brader ni nak ukur tahap untung rugi bisnes dia? Dah la tak kira duit masuk, tak rekod pulak tu…Untung ke rugi agak-agaknya bisnes dia ye?

Nak kata simple tak jugak, tapi kena patuh dan konsisten sebenarnya kalau bab urus Cashflow dan Kos bisnes ni. Ada 3 perkara asas yang semua usahawan kena tahu dan buat.

1/ Pantau duit keluar dan masuk

Ini kerja paling banyak dalam kategori dokumentasi perniagaan yang anda perlu buat. Lagi banyak transaksi dalam perniagaan anda, makin banyaklah catitan yang perlu dibuat.

2/ Kira margin untung kasar perniagaan

Bila dah ada maklumat ‘jualan’ dan ‘kos jualan’, anda dah boleh kira margin untung kasar berbanding jualan. Perah akal pandai anda tu supaya margin untung kasar sama atau lebih dari 50%.

3/ Pastikan capai titik pulang modal

Untuk dapatkan kiraan titik pulang modal, kira terlebih dulu kos tetap peniaga yang anda perlu bayar setiap bulan.

So, nak relate balik dengan cerita brader burger ni, bukan orang berniaga burger je, apa pun jenis bisnes yang anda buat, kena amalkan 3 perkara asas ni, InsyaAllah akan nampak hasilnya.

Terapkan dalam mindset tu, berniaga apa pun semua berbalik pada peniaga tu, macam mana dia uruskan bisnes dan duit serta kos bisnes. Jual kerepek pun boleh untung kalau betul cara pengurusannya.

#TeamRichWorks
#NakUrusBisnes

Artikel terbaru

Leave a Reply