Jadikan Bisnes Lebih Berjaya

Jadikan bisnes lebih berjaya

“Tahun ni aku nak bisnes lebih berjaya dari tahun lepas”

“Tahun ni aku nak capai RM1 juta dalam akaun!”

“Tahun ni aku nak berniaga bersungguh-sungguh”

“Tahun ni aku nak bawak mak ayah aku pergi umrah”

“Tahun ni aku nak travel sekeliling dunia”

“Tahun ni….bla bla bla…”

Kalau nak disenaraikan memang tak habis semua azam tahun baru ni. Banyak sangat azam baru yang anda nak buat bagi tahun 2021 ini… Betul betul? Macam-macam list anda keluarkan pada awal tahun.

Tapi adakah semua azam dan impian anda itu akan tercapai? Ke sekadar menulis dalam planner diari jer? Aha! Azam yang tahun sudah pun agaknya dah bersarang jer gamaknya.

Bagi tahun baru 2021, anda sebagai usahawan dan founder kepada perniagaan perlu mempunyai azam dan ‘memahat’ komitmen untuk memastikan bisnes lebih berjaya dengan jadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Anda harus memikirkan dan menanamkan beberapa azam yang ingin anda capai sepanjang tahun berkenaan, maka kita secara tidak langsungnya telah ‘mengikat’ diri dan menyediakan satu komitmen kepada diri untuk anda berusaha mencapainya.

Apa yang paling penting, jangan bermalas-malas untuk memulakan azam. Azam ni bukan sekadar bercakap hanya di bibir mulut sahaja, azam ada satu perkara yang anda perlu buat dan capai! Bersungguh-sungguh untuk mencapai azam yang telah anda senaraikan.

Jauhi sikap malas kerana malas adalah faktor utama yang bakal ‘membunuh’ dan ‘mengebumikan’ azam anda sebelum ia bermula pun. Mulakan secara perlahan-lahan, dan sikit demi sedikit ia akan konsisten sehinggalah habis tahun 2021. Jangan hangat-hangat tahi ayam yer…

Apa yang perlu ada untuk jadi seorang usahawan yang betul-betul komited tahun ini?

Bagi menjadikan bisnes lebih berjaya dari sebelumnya, anda perlu mempunyai perkara-perkara penting yang diperlukan seseorang usahawan.

5 Tips Untuk Jadikan Bisnes Lebih Berjaya :

1. Ilmu dan kemahiran – Ilmu sangat penting. Jika anda berniaga main redah jer, memang tak ke manalah perniagaan anda itu. Seperti Dr Azizan kata, jika anda tak mahu belajar dan ‘kutip’ ilmu, perniagaan anda nanti susah untuk memacu ke jalan yang betul.

2. Kewangan – Kewangan sangat penting dalam perniagaan sebagai rantaian perniagaan anda. Tidak mempunyai kewangan yang cukup mungkin akan membantutkan perjalanan bisnes itu nanti. Malah kewangan juga perlulah diuruskan dengan baik.

3. Stamina – Stamina perlu kuat bagi menempuhi tahun baru ni. Nak nak pulak untuk jadikan perniagaan lebih ‘kebaboom’ selepas ini. Perkataan letih dan mahu berhenti mesti ‘diharamkan’ dari mulut anda demi mencapai kejayaan di masa hadapan.

4. Disiplin – Disiplin juga amat penting. Tanpa disiplin yang tinggi, ramai yang akan gagal untuk membina perniagaan lebih baik selepas ini. Jadi mereka terus akan berada pada takat yang sama. Tak berkembang!

5. Sabar – Hilang sabar memang hilang habis usaha yang anda lakukan. Sabar adalah perkara asas yang diperlukan setiap hari yakni ketika anda rasa letih, rasa tak bersemangat, rasa gagal dan sebagainya. Percayalah dengan sabar inilah yang mampu membuatkan anda istiqamah dalam segala urusan.

Apa pula senarai yang anda boleh lakukan untuk azam tahun baru anda dalam perniagaan?

1. Senaraikan idea-idea baru anda dalam perniagaan

Cari idea baru, kaji dengan lebih mendalam dan cuba selami industri perniagaan tersebut.

2. Berjumpa dengan ‘circle’ kaya dan berjaya

Apa yang dimaksudkan adalah, anda perlu berjumpa dengan orang yang betul-betul ingin berjaya dan merubah hidup mereka seperti usahawan dan jutawan yang berjaya. Banyak habiskan masa bersama mereka. Barulah anda akan rasa lebih bersemangat untuk berjaya seperti mereka.

Bukan itu sahaja, korek rahsia dan resepi kejayaan dari mereka juga. Mana tahu dengan apa yang dikongsikan nanti, anda boleh jadikan ianya sebagai panduan utnuk membina bisnes yang lebih berjaya selepas ini.

Sama-sama bercerita tentang masalah perniagaan antara satu sama lain seperti anak murid yang dibimbing MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam Titanium Circle dan Titanium Premier yang mana ada sesi di mana mereka akan berkumpul dan sama-sama bercerita tentang masalah dan kejayaan yang dihadapi mereka.

Dari perbincangan ini, akan ada idea lain yang tercetus dan menyebabkan anda boleh berlajar sesuatu daripadanya. Dapat sesuatu?

3. Sertai seminar atau kelas ilmu

Janganlah anda anggap ilmu itu dah mencukupi. Anda perlu sentiasa mencari ilmu baru dalam perniagaan. Banyak perkara baru yang anda perlu belajar dan selongkar.

Terdapat banyak kelas-kelas usahawan yang anda boleh pergi dan pelajari daripadanya. Seperti yang RichWorks lakukan sendiri, di mana pelbagai kelas dianjurkan untuk membantu usahawan seperti program Marketing Mastery, Zero Kos Marketing dan sebagainya.

Terbaru, program Bina Bisnes Berjaya yang akan diadakan pada 30 & 31 Januari + 1 Februari 2021 (Bonus). Jadi rebutlah peluang seperti ini untuk menambah ilmu di dada.

4. Banyakkan membaca buku setiap bulan atau lebih kerap lagi

Belilah buku berkaitan perniagaan, biografi orang berjaya dan pelbagai lagi buku yang boleh mengispirasikan anda untuk menambah ilmu dalam perniagaan.

5. Sentiasa kekal sihat dan fit

Tahukah anda dengan bersenam, ia akan menjadikan otak anda lebih sihat dan cergas. Paling kurang pun joginglah setiap hari selepas solat Subuh sebelum mulakan kerja.

Berlari atau berjogging atau berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya 45 minit. Ini menambahkan kesihatan dan seterusnya meningkatkan tahap stamina mental dan fizikal. Barulah bersemangat sikit nak capai azam tahun ini!

Kami yakin, jika anda komited dalam melakukan semua perkara ini, perniagaan anda nanti akan lebih berkembang maju malah kesihatan pun turut terjaga. Tapi jangan harapkan hanya bercakap di mulut jer tau. Anda perlulah selari dengan tindakan.

Semoga azam tahun ini akan tercapai. Dan bisnes lebih berjaya dan berkembang. Anda boleh fikirkan idea-idea lain asalkan ia dapat membentuk sistem dan membina tabiat dalam diri anda untuk mencapai matlamat dan azam bagi tahun 2021!

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply