Jadi Lebih Kreatif Dalam Perniagaan, 5 Tip Untuk Anda

Jadi Lebih Kreatif Dalam Perniagaan, 5 Tip Untuk Anda

Pernah dengar tak tentang fungsi otak kanan dan otak kiri? Otak kiri dianggap lebih baik untuk tugas-tugas yang melibatkan perkara yang logik serta fakta, manakala otak kanan pula lebih kepada kreativiti. 

Walau bagaimanapun, tak kira otak kanan atau otak kiri, sebagai usahawan anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak untuk perniagaan yang lebih berjaya.

Sebenarnya ada ramai je orang yang berpendapat, jika perniagaan tak melibatkan produk atau perkhidmatan yang kreatif, buat apa nak jadi kreatif? Ambil je pekerja-pekerja untuk mengisi jawatan di jabatan kreatif.

Jika anda berpendapat seperti ini, anda salah! Ya, tak semua orang hebat dalam membuat design. Tapi sebagai usahawan, anda perlu kreatif dalam perniagaan supaya mampu mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk perniagaan kekal relevan.

5 tip kreatif dalam perniagaan

1. Brainstorming Power!

Idea kreatif bukan datang secara tiba-tiba. Mungkin ada yang dilahirkan dengan kelebihan itu, namun bukan semua orang. Hasil gabungan idea dan pendapat bersama team, insya-Allah proses akan menjadi lebih mudah. Idea yang biasa-biasa boleh diubah menjadi lebih kreatif. 

Kumpulkan team di satu tempat yang selesa, mulakan sesi brainstorming. Tak kira idea hebat atau biasa-biasa, semua orang dialu-alukan untuk bercakap. Dengar dan bagi pendapat bersama. 

Jangan biarkan suasana menjadi tegang, buat sesuatu agar tak bosan. Suasana yang seronok akan membantu idea berjalan lancar. Dengan strategi yang betul, idea yang mustahil atau tak menarik pun boleh jadi satu sebab kejayaan perniagaan anda.

2. Ikut trend terkini dengan nafas yang baru

Mengikuti trend terkini sangat penting untuk tahu apa minat orang masa kini. Nak berniaga, kena mengikut citarasa dan kehendak pembeli dan bukannya syok sendiri. Kita bukan nak menjual kepada diri sendiri. 

Tapi, kalau hanya ikut apa yang orang lain dah buat, apa bezanya perniagaan anda dan pesaing? Tambahkan sentuhan unik yang membezakan perniagaan anda dari yang lain. Jangan takut nak jadi berbeza, sebab itulah yang akan buat perniagaan anda menonjol.

Tak tahu nak cari trend terkini? Mudah je! Zaman sekarang adalah zaman teknologi, segalanya ada di hujung jari. Ada internet semua jadi mudah. Buat carian di Google tentang perniagaan dan industri anda, atau di media sosial pun dah ada banyak maklumat perkongsian dari pengguna.

Dengan ini, anda akan mendapat lebih banyak idea yang boleh diaplikasikan untuk perniagaan anda.

3. Lihat Dari Perspektif Pelanggan!

Pelanggan adalah kunci utama dalam jualan perniagaan. Kalau tak ada pelanggan, siapa pula yang nak membeli kan. Apa masalah mereka? Apa yang mereka nak? Buatlah produk atau perkhidmatan yang dapat selesaikan masalah mereka. 

Jangan taksub dengan produk sendiri sampai abaikan keperluan pelanggan. Dengar suara mereka!

Tak salah jika anda nak berkomunikasi dengan pelanggan. Tak dapat jumpa berdepan, media sosial kan ada. Anda juga boleh call, WhatsApp atau email mereka. Dengar sendiri apa yang mereka inginkan dan anda boleh dapat idea untuk improve produk atau perkhidmatan. Pelanggan yang berpuas hati akan setia dengan jenama anda.

4. Buat perkara yang di luar kebiasaan

Selama ni kalau buat marketing, hanya guna apa yang ada di sekeliling sahaja. Takut nak buat benda baru sebab tak nak ambil risiko dan rugi, sedangkan kreativiti itu juga datang dengan ambil risiko. 

Mulakan kerjasama dengan orang luar seperti berkolaborasi dengan artis, influencer atau mungkin dengan pesaing anda. Kadang-kadang, idea mereka jauh lagi bagus dari apa yang kita dah buat selama berniaga.

Jangan takut untuk mencuba sebab kita tak tahu lagi hasilnya berjaya atau tidak. Kalau tak berjaya, jadikan sebagai pelajaran dan peluang untuk betulkan apa yang silap. Namun, jangan berhenti mencuba. 

Kalau dalam rumahtangga pun ada risiko, apatah lagi dalam perniagaan. Betul tak?

5. Cari inspirasi di luar pejabat!

Setiap hari, masuk pejabat dan buat perkara sama pun tak boleh juga. Kita ni manusia biasa yang sentiasa perlukan perubahan untuk otak lebih cerdas. 

Lupakan sebentar kerja-kerja di pejabat. Jauh perjalanan luas pemandangan, buat trip syarikat atau team building. Tak boleh pergi jauh, pergi lah tempat yang dekat. Pergi ke exhibition, festival atau jalan-jalan tengok seni jalanan pun boleh. 

Atau pergi ke seminar-seminar perniagaan untuk belajar lebih dalam lagi tentang ilmu perniagaan. Nak jualan yang menggembirakan, usahawan kena bermula dengan menggembirakan team dan diri sendiri terlebih dulu. Pengalaman ini boleh menjadi pencetus idea yang tak terduga. 

Kreatif itu unik

Untuk menjadi kreatif, jangan harapkan untuk duduk, tunggu dan dapat. Mulakan dengan berfikir secara kreatif walaupun anda langsung tak kreatif. Lama-kelamaan anda akan mendapat lebih banyak idea-idea yang kreatif yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan anda!

Jangan anggap menjadi kreatif dalam perniagaan satu cabaran, tapi jadikan ia satu perjalanan yang menyeronokkan. Sentiasa ingat, kreativiti itu datang dari berfikir dan keunikan. Jadi kreatif dalam perniagaan untuk kejayaan yang berterusan.

Artikel terbaru

Leave a Reply