ISM, RichWorks Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Jutawan Muda

ISM, RichWorks Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Jutawan Muda

Innovative School of Management (ISM) menjalinkan kerjasama rintis bersama RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) untuk membimbing pelajarnya agar membina bisnes yang berjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif ISM, Isma Edli Safri berkata, pelajar-pelajar tersebut di bawah program diploma dalam bidang keusahawanan telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan.

“Kami mendidik usahawan muda di ISM dan RichWorks merupakan sebuah organisasi yang mempelopori dalam mendidik usahawan di Malaysia.

 “Kita lihat sendiri, ramai usahawan yang terbukti berjaya. Ramai daripada zero sudah jadi jutawan, program dan bimbingan RichWorks dilihat platform terbaik untuk melahirkan usahawan berjaya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi taklimat dan majlis menandatangani perjanjian mengikuti program Spire bagi enam pelajar ISM terpilih di Pejabat RichWorks, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi RichWorks, Suley Nordyana Yahya dan Pengetua Mentorship Spire, Safarah Salman.

ISM merangka program pertama bersama RichWorks yang mana satu daripada modul pengajian pelajar akan mengikuti program Spire yang menyokong usahawan mencapai jualan RM1 juta pertama.

Menurut Naib Presiden Mentorship RichWorks, Muhammad Hafiz Jasmi, program Spire mengandungi teras perniagaan berjaya seperti meningkatkan jualan & pemasaran, mengurus kewangan, pengurusan operasi serta kepimpinan.

“Pihak RichWorks juga akan memantau perniagaan usahawan muda ini agar sentiasa berada pada landasan yang betul selama 12 bulan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Client Account Executive RichWorks, Nurul Atikah Ramli akan memantau perkembangan pelajar mengikut jadual ditetapkan.

Sementara itu, pelajar Nur Anisa Puteri Jasmi, 20 memberitahu, peluang mendapatkan bimbingan RichWorks yang begitu dikenali dalam melahirkan usahawan berjaya membuatkan dirinya lebih jelas dan yakin untuk mengendalikan perniagaan.

“Sebelum ini, kami dah belajar di kolej, tetapi dalam program Spire saya dapat ilmu praktikal yang terbukti digunakan usahawan berjaya lain disamping semangat baru termasuk untuk capai jualan RM1 juta pertama,” ujarnya.

Anak kelahiran Kajang, Nini Nurain Rohaizad, 20 berkata hasrat mahu membantu ibunya adalah ‘big why’ dirinya mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang perniagaan 

“Saya mahu ubah nasib keluarga, ibu merupakan ibu tunggal selepas ayah meninggal dunia. Saya nak bantu kewangan keluarga, adik akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik syarikat Kisya Kosmetik, Nurul Isyakirin Ismail, 20 berharap dengan ilmu diperoleh dapat mengembangkan lagi bisnes dijalankan.

“Dengan ilmu yang saya ada setakat ini, saya rasa masih kurang lagi. Saya harap melalui program Spire ilmu semakin bertambah dan bisnes semakin growth dan boleh bantu ramai orang,” jelasnya.

Manakala, pengasas Siqa Empire, Ferith Noor Mohamed Noor, 20 berkongsi impian untuk memiliki kolej dalam jangka masa lima hingga 10 tahun akan datang.

“Saya berharap memiliki dan membangunkan kolej Islam terbaik dan bertaraf dunia,” ujarnya.

Pengasas Pakya Empire Legacy, Muhammad Aiman Hakim Yahaya, 20, berkata, beliau mengagumi perusahaan yang bermula daripada kosong namun kini mampu bina bisnes berjaya.

“Dulu mereka tidak ada apa-apa, hari ini dah ada kilang dan bina empayar. Saya letakan sasaran berjaya seperti mereka,” katanya.

Tambah Muhammad Aiman, dengan ilmu yang dipelajari di ISM dan seterusnya dalam program Spire anak muda ini berharap agar memperoleh RM1 juta pertama dan terus mengembangkan perniagaan.

Mengakhiri temubual, Nur Alia Syuhada Adnan, 20 berkata beliau mahu mengembangkan rangkaian produk di bawah jenama Chocosseo.

“Setakat ini saya ada satu produk sahaja, saya harap dapat keluarkan produk lain dan memperkukuhkan jenama ini,” ujarnya.  

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nurul wahida Binti muthar

    Saya sudah ambik Pakej ini dan untuk tarikh 26/11/2022-27/11/2022 ini nama saya sudah di daftar hadir ke

    • Team RichWorks

      Hai, Puan Wahida. Selamat Petang! Anda boleh hubungi talian Hotline kami di 0192442244 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran anda.

Leave a Reply