Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Rasa Mahu Mengalah!

Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Rasa Mahu Mengalah!

Kita semua pastinya biasa mendengar tentang usahawan terkenal yang berjaya memperoleh keuntungan jutaan ringgit hingga menjadi inspirasi buat jutaan orang di dunia ini.

Ramai di antara kita yang pastinya berimpian untuk menjadi seperti Oprah Winfrey, Steve Jobs, Jeff Bezos, Mark Zuckerberg atau individu lain lagi yang berpengaruh dalam industri masing-masing.

Kita mahu menjadi terkenal, melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dengan idea yang kita miliki dan juga meraih keuntungan daripadanya.

Namun, apabila saat sukar mendatang dan anda mula berputus asa, inilah masanya untuk anda ambil masa seketika, duduk dan berfikir dengan teliti.

Anda menjadi usahawan atas sebab tertentu. Anda menjadi usahawan kerana ingin membuat perubahan dengan idea hebat yang dimiliki.

Ingat kembali semangat anda di saat anda memulakannya dan fikirkan ‘big why’ anda untuk teruskan idea ini walaupun ia dikaitkan dengan risiko yang besar daripada segi kewangan, sosial dan mental.

Inilah yang perlu anda lakukan pada masa akan datang jika anda terlintas di fikiran untuk berputus asa sebagai usahawan.

Ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya pastinya menjadi ikon yang hebat dalam hidup anda. Namun begitu, jangan pula merasakan bahawa diri anda gagal jika belum bergelar jutawan dan waja belum terpapar dalam majalah di seluruh dunia.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang usahawan. Sudah tentu ada kreativiti, kemahiran, sumber namun nasib, masa, hubungan dan kebetulan juga kadang kala mempengaruhi.

Empat faktor terakhir ini memainkan peranan yang jauh lebih besar daripada yang anda fikirkan.

Jadi, utamakan untuk membina hubungan dengan seramai mungkin kenalan yang anda ada (networking).

Anda tidak pernah tahu dari mana datangnya pelanggan atau pelabur seterusnya dan anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu menghubungkan anda dengan orang yang betul.

Apabila diimbas kembali, hampir semua kejayaan yang diperoleh seolah-olah bermula sebagai kebetulan atau nasib jika anda menyukainya.

Selain itu, kelilingi diri anda dengan usahawan lain. Memang sukar menjadi usahawan jika semua keluarga dan rakan anda bekerja dalam persekitaran korporat.

Mereka tidak akan mempunyai atau sangat sedikit pemahaman tentang apa yang anda alami. Sesetengah daripada mereka mungkin hanya menunggu anda berputus asa dan mendapat pekerjaan yang sesuai.

Namun begitu, jika anda bersama-sama dengan kumpulan usahawan, kalian boleh memberikan sokongan di antara satu sama lain di saat memerlukannya.

Tanpa disedari, ramai sebenarnya di antara kita yang dapat menonjolkan sisi kreatif dan inovatif dalam diri di saat berada dalam tekanan. Semua orang mungkin berbeza tetapi cuba anda cari hasil positif dalam setiap situasi yang sedang dihadapi.

Ini adalah antara nasihat yang dikongsikan oleh Dr. Finn Majlergaard, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gugin jika anda mempertimbangkan untuk berputus asa.

Namun begitu, ada satu perkara lagi yang perlu anda faham iaitu sebelum anda memulakan usaha, tentukan sejauh mana anda sanggup pergi.

Adalah penting untuk tidak berputus asa hanya kerana anda menghadapi rintangan, namun dalam masa yang sama, adalah penting untuk anda ketahui bila masa untuk berhenti.

Buat pengetahuan anda, masa terbaik untuk ketahui bila waktunya untuk berhenti adalah sebelum anda bermula.

Menurut Dr.Finn, beliau telah melihat ramai usahawan yang muflis (termasuk  dirinya sendiri) kehilangan kawan, pasangan dan juga kesihatan yang baik. Tiada apa yang berbaloi untuk diperjuangkan jika anda kehilangan perkara-perkara ini dalam hidup.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply