Selama bertahun-tahun lamanya Bill Gates memilih untuk menaiki kapal terbang menerusi penerbangan kelas ekonomi. Bukan kerana beliau tidak mampu membeli kelas pertama, tetapi kerana beliau tidak menganggapnya sebagai nilai pelaburan yang baik.
Harga tiketnya adalah lima atau enam kali lebih mahal, tetapi manfaat yang diterima terlalu sedikit untuk dibandingkan (dan anda semua sampai ke destinasi pada masa yang sama).
Sebagai contoh, anda mampu membeli kereta sport pada ketika ini tetapi anda bukanlah peminat kereta tersebut. Makanya, anda merasakan anda tidak memerlukan sebuah Lamborghini atau Maserati pada saat ini.
Anda mungkin fikir kereta Myvi pun sudah mencukupi buat anda. Begitu juga dengan telefon pintar, anda pastinya tidak akan terkejar-kejar untuk memiliki model telefon pintar baharu jika anda rasa fungsinya sama saja dengan apa yang anda gunakan sekarang.
Jadi apa gunanya kekayaan pada akhirnya? Selain menyediakan perlindungan, ia juga memberikan kelonggaran dan fleksibiliti kepada seseorang individu.
Apabila anda tiada masalah kewangan, anda boleh memilih apa-apa cara untuk melaburkan duit anda termasuklah menggunakan terhadap sesuatu perkara yang anda minat. You can choose to have less of it in exchange for choosing how to spend your time.
Dan menghabiskan masa melakukan sesuatu yang bermakna kepada anda…itu lebih bernilai daripada Maserati.
Diolah daripada artikel oleh Marc Randolph
2 Comments
What amazing sharing. Love this article. Thanks a lot👍👌🤞
glad that you enjoyed it : )