Ini Pesanan Istimewa Daripada Bill Gates Buat Anda Yang Mahu Berjaya

Ini Pesanan Istimewa Daripada Bill Gates Buat Anda Yang Mahu Berjaya

Billionaire dan pengasas Microsoft, Bill Gates menasihati golongan muda yang ingin mengubah dunia supaya menambah ilmu dengan membaca banyak buku.

“Perkara yang ideal untuk dilakukan ialah membaca banyak buku. Mudah-mudahan anda boleh menemui kemahiran yang anda suka dan memberi impak kepada dunia,” katanya ketika dalam sesi Reddit “Ask Me Anything” yang ke-10.

Menurutnya, membaca merupakan satu amalan yang sangat penting untuk menemui minat dan kemahiran baru yang boleh digunakan untuk mengubah dunia.

Setiap tahun, Gates membaca 50 buah buku dan sering membawa beg istimewa yang berisi buku ketika beliau bercuti.

“Semasa bercuti, saya akan meluangkan masa kira-kira tiga jam sehari untuk membaca. Oleh sebab itu saya boleh membaca banyak buku,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga turut berkongsikan bagaimana cara beliau mencatat nota sewaktu membaca.

Kadang-kadang beliau menulis di tepi buku untuk membantunya mengingati apa yang dia baca. Selain itu, Bill juga mendakwa bahawa beliau akan sentiasa menghabiskan pembacaannya apabila beliau sudah mula membaca.

“Saya enggan berhenti membaca buku di tengah-tengah, walaupun saya mungkin tidak menyukai buku itu,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa tabiat membaca adalah sangat penting bagi mencapai kejayaan yang diimpikan dalam hidup.

“Setiap buku mengajar saya sesuatu yang baru atau membantu saya melihat sesuatu secara berbeza. Saya bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang menggalakkan minat saya untuk membaca.

“Membaca mencetuskan rasa ingin tahu tentang dunia yang saya fikir membantu mendorong saya ke hadapan dalam kerja dan kerjaya yang diceburi,” tambahnya.

Pada masa ini, Gates Foundation yang dimiliki beliau sedang memberi tumpuan bagi menangani isu global seperti kemiskinan, perubahan iklim dan penyebaran wabak. Bill juga baru-baru ini telah menghabiskan masa menulis buku mengenai beberapa topik global ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply