Ikuti Saja 9 Cara Ini Untuk Naikkan Keyakinan Diri Anda!

Ikuti Saja 9 Cara Ini Untuk Naikkan Keyakinan Diri Anda!

Keyakinan diri ialah perasaan tentang kemahiran dan kebolehan anda. Ini bermakna anda menerima serta mempercayai diri dan mempunyai rasa kawalan dalam hidup anda.

Anda tahu kekuatan dan kelemahan diri dengan baik serta mempunyai pandangan positif tentang diri sendiri. Selain itu, anda juga boleh menetapkan jangkaan dan matlamat yang realistik, berkomunikasi secara tegas dan boleh menangani kritikan.

Namun begitu, keyakinan diri yang rendah mungkin akan membuatkan anda berasa penuh dengan keraguan diri, pasif atau mengalami kesukaran untuk mempercayai orang lain.

Anda mungkin berasa rendah diri, tidak disayangi atau sensitif terhadap kritikan. Perasaan yakin pada diri sendiri juga boleh bergantung pada keadaan.

Sebagai contoh, anda boleh berasa sangat yakin dalam beberapa bidang, seperti akademik, tetapi kurang keyakinan terhadap orang lain seperti dalam perhubungan.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi atau rendah jarang dikaitkan dengan kebolehan sebenar diri tetapi kebanyakannya selalu dicipta berdasarkan persepsi anda. Persepsi ialah cara anda berfikir tentang diri anda pemikiran ini boleh menjadi suatu ilusi negatif terhadap diri sendiri.

Keyakinan diri yang rendah mungkin berpunca daripada pengalaman yang berbeza seperti membesar dalam persekitaran yang tidak menyokong, dipisahkan daripada rakan atau keluarga anda buat kali pertama, dididik dengan cara yang kasar atau takut akan kegagalan.

Mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah sering memanipulasi pemikiran mereka dengan sesuatu perkara yang buruk tentang diri sendiri.

Buang tabiat lama dan ikuti 9 cara ini untuk tingkatkan keyakinan diri anda!

-Kenali dan tekankan kekuatan anda. Beri ganjaran dan puji diri sendiri untuk segala usaha dan kemajuan yang telah dilakukan.

-Apabila anda tersungkur ketika berdepan dengan cabaran, jangan cerca sebaliknya beri kata-kata semangat kepada diri sendiri. Usah terlalu memikirkan tentang kegagalan!

-Tetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai. Jangan mengharapkan kesempurnaan kerana mustahil untuk menjadi sempurna dalam setiap aspek kehidupan.

-Ambil masa seketika jika anda merasakan emosi sedang tidak stabil dan cuba bertenang serta berfikir secara logik tentang situasi itu.

-Cabaran membuat anda mempersoalkan segalanya tentang diri, orang sekeliling dan situasi yang sedang berlaku.

-Ketahuilah bahawa pengalaman hidup negatif dan masa lalu tidak menentukan masa depan anda.

-Nyatakan dan luahkan perasaan, kepercayaan dan keperluan anda secara langsung serta beradab.

-Belajar untuk mengatakan tidak kepada permintaan yang tidak munasabah.

-Kaunseling individu juga boleh membantu meningkatkan keyakinan diri anda jika anda memerlukan lebih banyak bantuan.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Perkongsian yg sangat bermanafaat terutama sekali pada mereka yg selalu terdedah pada persekitaran yg “negatif”. Kadang2 sedar atau tidak sedar, pemikiran kita dipengaruhi oleh kata2, sikap2/keolahan2 yg berbentuk negatif sehingga lebih banyak menarik perkara2 negatif dalam kehidupan seharian.

    Lakukan 9 cara di atas secara konsisten dan berterusan sehingga kita sendiri dapat merasakan perubahannya.

    Jadikan BERFIKIR secara positif sebagai TABIAT setiap hari :))

Leave a Reply