Hyperkix : Founder Pernah Dipersoal Bisnes Jual Kasut Boleh Jaga Anak Bini

Hyperkix : Founder Pernah Dipersoal Bisnes Jual Kasut Boleh Jaga Anak Bini

“Boleh senang ke bisnes? Boleh bagi makan minum kat anak bini kau ke?”

Itulah antara persoalan yang paling diingati oleh Tuan Hairuddin Abu Khair, founder kepada Hyperkix. Dahulunya beliau pernah mengusahakan 3 jenis perniagaan dalam satu masa. Malangnya, semua itu membawa kerugian buat beliau.

“Dulu saya buat kerja-kerja pendawaian dan selenggara penghawa dingin. Dalam masa buat bisnes tu, orang tak percaya yang bisnes mampu bantu kewangan keluarga saya.”

Semuanya sebab kewangan. Ujarnya lagi beliau kerugian lebih RM10,000 pada masa itu. Sejak itu beliau pilih untuk berniaga secara online sepenuh masa dengan sahabatnya yang merupakan bisnes partner beliau.

Alhamudulillah beliau berjaya bangkit dan dapat jualan lebih RM20,000 sebulan dengan menjual selipar, beg dan cermin mata.

Tapi selepas hampir 2 tahun berniaga, tidak ada lagi perkembangan berlaku. Kebetulan pada waktu itu, rakan beliau mengajak untuk sama-sama sertai program RichWork.

Sejak daripada itu, beliau sentiasa aktif sertai program-program lain yang dianjurkan RichWorks. Bagi beliau, susah untuk kekalkan momentum yang sama sepanjang masa.

“Kadang-kadang tu ada juga naik turun dalam bisnes, tapi saya jumpa balik semangat lepas hadir ke program RichWorks..”

Kini beliau hanya fokus pada menjual kasut nurse sahaja. Permintaan sangat luar biasa. Beliau memberi penekanan kepada kualiti agar dapat memberikan keselesaan buat si pemakai.

Dengan usaha yang komited dan tindakan yang beliau lakukan, kini Tuan Hairuddin dah berjaya kembangkan team dan jualannya juga meningkat naik dengan sangat mendadak. Semua itu terhasil asbab bimbingan yang betul diterima dari team RichWorks dan MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Pencapaian Hyperkix

Sebelum menyertai program mentorship SPIRE, jualan Tuan Hairuddin hanyalah RM383,000 pada 2019. Selepas menyertai SPIRE, beliau berjaya mencipta RM1 juta pertama pada Oktober 2020.

Jumlah jualan yang direkodkan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1.3 juta. Jualannya sehingga kini Februari 2021 adalah RM178,988.

Artikel terbaru

Leave a Reply