Hati-Hati Pilih Stokis Bisnes! 5 Tips Elak Pilih Stokis ‘Hantu’

Hati-hati pilih stokis

Hati-hati untuk pilih stokis bagi bisness anda. Mereka yang akan bersama-sama untuk kembangkan lagi bisnes ke tahap lebih tinggi.

Bagaimanapun, ramai usahawan runsing bila topik pengurusan stokis dibincangkan. Masing-masing nak elak dari buat perkongsian tentang stokis mereka. Bila tengok muka mereka, seolah-olah mereka dah buat kesilapan besar dalam melantik stokis.

Di mana agaknya yang silap? Sebagai ketua, untuk uruskan sekumpulan stokis bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi tak bermaksud, tak boleh nak buat. Untuk uruskan mereka dengan bijak, anda kena ada ilmu.

Anda perlu senaraikan segala kriteria dengan jelas kerana mereka akan jadi rakan kongsi anda. Segala jatuh bangun bisnes anda perlu dihadapi bersama.

5 tips untuk anda pilih stokis yang betul :

1. Sikap (Attitude)

It’s All About Attitude.

Attitude penting kerana orang yang ada attitude biasanya ada bakat berniaga yang besar. Mereka mesti tahu dan faham dengan prinsip bisnes yang mereka pegang.

Lagipun anda tak perlu risau nak monitor kerja mereka sebab attitude sebegini yang akan mendorongnya untuk jadikan bisnes anda berkembang.

Walau bagaimanapun, pilih stokis yang i perlu ada personaliti , sentiasa positif. Jangan pilih orang-orang yang cepat melenting. Susah nak jaga jenama kita bila individu sebegini gagal mengawal emosinya.

Nanti, pelanggan akan tukar kepada produk yang lain hanya kerana individu yang negatif ini, kita pula yang tanggung akibatnya.

2 Komitmen

Sudah menjadi resam dalam perniagaan, perlu ada KOMITMEN dan usaha yang berterusan. Jika tidak, kita nak makan apa hujung bulan nanti?

Berikan beberapa contoh Case Study ketika menilai calon stokis anda dan anda boleh persoalkan semua jawapan yang diberikan oleh mereka.

Ini kerana mudah untuk kita lihat sejauh mana ketahanan calon stokis bila berhadapan dengan provokasi yang telah anda lakukan.

Calon yang terbaik biasanya akan terus bertahan dengan tujahan soalan-soalan anda.

3. Pengurusan Kewangan

Bagi stokis yang pernah ada komitmen berkaitan duit, anda boleh tahu cara mereka uruskan kewangan kerana dari situ anda dapat lihat potensi dan kemahiran yang lebih terperinci seperti bagaimana mereka menguruskan masa mereka.

Berikan sedikit kelonggaran kepada calon stokis yang muda. Mungkin anda boleh berikan tugasan kewangan yang mempunyai cabaran yang sederhana dan desak mereka dengan berhemah supaya dapat belajar ilmu perniagaan dengan cepat.

4. Performance/Progress

Untuk membina rangkaian stokis yang kukuh, bina kepercayaan dengan mereka terlebih dahulu. Jangan mulakan perniagaan dengan stokis anda pada tahap yang tinggi.

Anda boleh jelaskan dahulu peraturan perniagaan anda dan kongsikan dengan mereka hukuman yang menanti jika mereka buat silap. Metod ini sangat penting untuk anda sebagai peniaga bagi menunjukkan kredibiliti anda sebagai ketua.

Selain itu, carilah stokis yang betul-betul ingin berniaga, dan bukan hanya untuk suka-suka. Bila niat mereka untuk berniaga, mereka akan lakukan kerja itu secara bersungguh-sungguh dan akan berusaha untuk berjaya dan kaya. Jika anda dapat stokis yang begini, nescaya anda tidak akan rugi.

5. Berilmu

Memilih stokis yang berilmu juga penting. Bila mereka ada pengetahuan tentang produk anda, lebih mudah dan senang untuk mereka berniaga.

Mereka juga tidak memerlukan masa yang lama untuk belajar mengenai produk tersebut dan lebih mudah jika mereka juga pakar dalam ilmu pemasaran.

Ini kerana, perniagaan hari ini bukan seperti dahulu, semuanya di hujung jari anda. Apabila menerima tempahan dan wang, anda boleh terus pos barangan tersebut.

Apabila ada pelanggan mempunyai masalah ketika menggunakan produk anda, mereka boleh selesaikan sendiri masalah tersebut tanpa perlu bergantung pada anda atau serahkan masalah secara bulat kepada anda. Ini bermakna mereka tidak mahu bertanggungjawab atas permasalahan

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply