Harga Barang Dapur Naik! 7 Langkah Berjaga-Jaga Terhadap Kenaikan Harga Barang

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai antara kita terpaksa mengamalkan perbelanjaan berhemat termasuk berjimat cermat dalam menguruskan keperluan barangan dapur.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada November 2021, rakyat Malaysia perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022 ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga.

Semua barangan keperluan asas dijangka menghadapi kenaikan, terutamanya makanan kerana sehingga kini negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung keperluan domestik.

Sebagai pengguna bijak, sesuatu mesti kita lakukan supaya kita tidak terus terbeban dengan kenaikan harga barang ini.

7 langkah berjaga-jaga terhadap kenaikan harga barang:

1. Ubah gaya hidup

Pengguna perlu mengubah gaya hidup lama agar bersesuaian dengan keadaan semasa. Berbelanja secara berhemah dan bijak adalah cara pengguna pintar menghadapi situasi ini.

2. Tukar trend beli barang

Trend membeli barang dua atau tiga bulan sekali menyebabkan membeli banyak barangan yang tidak perlu dan tak termasuk dalam senarai malah sebahagian tidak dipakai langsung terutama barangan dapur.

Kadangkala sehingga tamat tempoh, makanan itu tak berusik atau roti masih lagi berbaki beberapa keping tetapi dah tamat tempoh.

3. Perbandingan harga barang

Lakukan perbandingan harga dengan membeli barangan yang lebih murah setelah melakukan pemeriksaan harga.

Hari ini lebih mudah kerana boleh membuat perbandingan harga secara dalam talian.

4. Rancang perbelanjaan

Rancang perbelanjaan awal sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran dan terbeli barangan tak diperlukan.

Sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan di senarai akhir. Jika ada wang lebih, baru boleh beli dan masukkan dalam troli.

5. Elak berhutang

Berhati-hati terhadap hutang dan elak penggunaan kad kredit secara tak terkawal.

Seandainya anda teringin memiliki peralatan memasak berjenama yang memudahkan kerja di dapur anda?

Apa kata anda simpan sedikit daripada belanja dapur, setelah cukup barulah beli.

Tahan keinginan dan elak berhutang!

Berhutang di saat ekonomi yang kritikal menyebabkan anda terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi dan dalam masa sama terpaksa melunaskan beban hutang sedia ada.

6. Cermat

Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah dan peralatan dapur.

Memasak ikut keperluan dan saiz keluarga, bukan ikut suka sehingga akhirnya berlebihan sehingga tak dimakan oleh suami mahupun anak-anak.

7. Kreatif

Bagi mereka yang kreatif dan bijak menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah, mereka boleh mewujudkan konsep kebun dapur.

Lazimnya, di kebun dapur yang kecil ini sayuran diselang-selikan dengan pokok hiasan bagi mewujudkan landskap halaman yang menarik.

Selain berfungsi sebagai kebun dapur, ia boleh menjadi ruang yang menarik jika bijak menyusun atur tanaman dan mungkin juga boleh mewujudkan taman mini untuk melengkapkan landskap halaman.

Ia bukan saja dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan di dapur, tetapi mampu menjadi lokasi sesuai untuk terapi minda selepas penat seharian di tempat kerja.

Walau rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang ini, namun sebagai pengguna bijak kita perlu melakukan tindakan yang betul supaya tidak terbeban dan mampu mengatasi situasi semasa. 

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Harga Barang Dapur Naik! 7 Langkah Berjaga-Jaga Terhadap Kenaikan Harga Barang” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

2 Comments

Leave a Reply