Hanya Buat Video ‘Bisu’, Khaby Lame Kini TikTokers Paling Popular Dunia

Hanya Buat Video ‘Bisu’, Khaby Lame Kini TikTokers Paling Popular Dunia

Beri laluan, beri laluan!

Ke tepi Charli D’Amelio, ada bintang TikTok baru pula yang kini sedang bersinar.

Khaby Lame, 22, seorang content creator menjadi fenomena seantero dunia selepas menjadi individu yang mempunyai pengikut paling ramai di aplikasi TikTok dengan 148.4 juta pengikut (saat artikel ini ditulis).

Sebelum ini, Charlie menduduki takhta tersebut. Dia dan kakaknya, Dixie mendapat populariti segera selepas video mereka menari selama beberapa saat yang hanya direkod sekadar suka-suka menjadi tular di TikTok.

Sejak dari itu, jumlah pengikut akaun mereka terus mencanak naik dan aset mereka dilaporkan bernilai sehingga $27.5 juta tahun lepas menurut Forbes.

Khaby atau nama sebenarnya Khabane Lame pada asalnya hanyalah seorang pekerja kilang yang diberhentikan di bandar perindustrian Itali utara Chivasso pada awal pandemik.

Selepas kehilangan pekerjaan, pemuda kelahiran Senegal itu berpindah semula ke pangsapuri keluarganya.

Namun, daripada mencari kerja lain seperti yang disuruh bapanya, dia mula membuat video di TikTok dengan menggunakan nama ‘Khaby Lame’.

Dia mula menghasilkan kandungan video yang kreatif dengan ideanya sendiri seperti menunjukkan cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan tugasan yang ada dan membuat reaksi kepada video pengguna lain.

Contohnya, dalam satu video, ada seorang pengguna yang menggunakan gunting, gam gajah, picagari sehinggalah ke gerudi elektrik bagi menghasilkan berus gigi dengan ubat gigi built in… dan Khaby pula bertindak balas dengan hanya memicit ubat gigi pada berus gigi pada berus gigi. Tanpa bersuara pula tu!

Sejak popularitinya mencanak naik, dia telah berpeluang untuk berkolaborasi dalam video bersama ramai selebriti ternama seperti Ed Sheeran, Novak Djokovic, Achraf Hakimi dan ramai lagi.

Baru-baru ini juga dia telah bersama dengan kelab bola sepak terkenal dunia, Juventus bagi melancarkan jersi 2022-23 terbaharu mereka.

Di samping itu, Khaby juga dilihat berbeza dengan idea stereotaip tentang apa itu influencer dan ia membuatkan orang ramai lebih menyukainya berbanding imej klise Charlie, seorang gadis berkulit putih yang  berasal daripada keluarga berada.

Menurut anggaran yang diterbitkan oleh Celebrity Net Worth, ketika Khaby mempunyai 115 juta pengikut TikTok, pelawak itu didakwa mempunyai nilai bersih $5 juta.

Sememangnya rezeki datang bergolek buat jejaka berkulit hitam ini. Siapa sangka dengan hanya menghasilkan video pendek tanpa suara, dia telah berjaya menawan hati satu dunia dengan telatahnya yang lucu itu tanpa perlu try hard!

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply