Ia hanya mengambil seorang rakan sekerja ‘toksik’ untuk membawa kekacauan dan impak negatif kepada persekitaran kerja anda. Orang ini bukan hanya membuatkan kerja kurang menyenangkan malah boleh mengganggu produktiviti dan moral semua yang di sekelilingnya.
Mereka boleh mewujudkan ‘drama’ yang tak perlu, menghakis budaya dan merendahkan ‘values‘ atau nilai yang diterapkan dalam syarikat serta memusnahkan kepercayaan di kalangan team anda.
Sebenarnya agak sukar untuk kita nak menghalang rakan sekerja toksik ini mempengaruhi kerja terutama bila perlu bekerja bersama secara dekat. Malah bukan mudah untuk kenal pasti orang taksik ini terutama yang kita anggap sebagai kawan.
Jika anda berasa negatif bila berinteraksi dengan seseorang itu, ia boleh menjadi petanda bahawa mereka orang yang toksik. Tingkah laku toksik ini boleh hadir dalam bentuk kata-kata, bahasa badan, merendahkan orang lain, tidak memenuhi komitmen, mengutuk, sebar khabar angin dan banyak lagi.
3 cara mengesan rakan sekerja atau orang toksik dalam bisnes atau keliling anda :
- Sindrom mangsa menghalang mereka mengambil tanggungjawab
Pekerja dengan mindset mangsa akan selalu bercakap betapa dia benci dengan kerja, bos, team malah mungkin syarikat. Terdapat perbezaan bila mana seseorang itu berdepan hari yang buruk ataupun mahu membuatkan orang lain merasa teruk.
Lebih ramai orang boleh dia kongsikan perkara yang tak disenangi, lebih baik dia akan rasa. Rakan sekerja ini juga akan membuatkan alasan-alasan bagi prestasinya apabila diberikan maklum balas konstruktif. Dia akan menganggap sebagai serangan peribadi terhadap dirinya hinggakan berdendam di samping akan menunjukkan bahawa dia telah dipersalahkan.
- Lebih suka ‘membawang’ berbanding kongsi ilmu
Membawang atau sebar khabar angin merupakan asas kepada banyak masalah dalaman syarikat. Orang toksik ini membuatkan rakan di sekeliling hilang tenaga dan sumber sebabkan tak bersemangat di tempat kerja. Apa lebih buruk, anda tak sedar berada dalam syarikat dengan rakan sekerja toksik itu.
Cara untuk kenal pasti orang toksik ini adalah mereka sentiasa cakap belakang terhadap orang lain. Khabar angin atau membawang tidak akan buatkan bina team yang kuat sebaliknya akan memusnahkannya.
Selain itu, tanda rakan sekerja toksik jika mereka enggan untuk kongsi ilmu atau kemahiran dengan anda untuk elakkan daripada dapat lakukan sesuatu kerja itu.
- Tidak memuji sebalik beri komen negatif
Komen negatif yang dimaksudkan seperti berikan layanan senyap (silent treatment), respons dengan sarkastik, menyalahkan orang lain, menolak maklum balas dan pandangan orang lain, beri alasan-alasan dan berada diri bagus.
10 Comments
Setuju, InsyaAllah saya akan ingat nasihat ini. Tq richwork
Sama sama. Moga dipermudahkan : )
Nak d bantu
Boleh tinggalkan no telefon anda untuk Team Richworks bantu lebih lanjut
SAYA NAK BERJAYA
TAPI ADA BIAWAK Di KEPALA SAYA SAMPAI SEKARANG,Saya sangat memerlukan MENTOR
Kami cuba bantu. Boleh tinggalkan no telefon untuk Team Richworks bantu lebih lanjut : )
Rakan toksid ni, kadang – kadang membuat kita rasa lemah. Tapi kita perlukan semangat dan kekuatan untuk tidak pedulikan sikapmereka. Cuba ubah diri untuk jadi lebih baik.
Mudah mudahan dipermudahkan. Cik Puan ada join Telegram rasmi AzizanOsmanOfficial kan?
Mencuba menjadi positive sebolehnya. Telah melalui rakan toksid dlm pekerjaan Dan business hampir 20 tahun dalm usia 50 tahun ni.
Malahan kasih melaluinya.
Hanya tanam satu niat Dan Azam.
Usaha,Doa Dan tawakal.
Solat Jangan Tinggal.
Ibubapa yang abai Dan bertanggungjawab
Membantu pada yang memerlukan semampunya.
Rezeki dariNya
Perantaraannya hanyalah makhluk.
At medaftar pada program ada ditawarkan. Namun masalah teknikal menjadikan sukar utk join. Terutama sebelah malam. Line internate sangat poor.
Cuba sedaya upaya memgikuti juga.
Terima kasih berkongsi ilmu Dan pengalaman.
Terima kasih atas perkongsian ini. Moga dipermudahkan segala urusan Cik Puan. Kami doakan Cik Puan kaya dan berjaya : )