Siapa tak kenal Gordon Ramsay?
Dilahirkan pada 8 November 1966 di Scotland sebelum berpindah ke England pada usia lima tahun, Gordon merupakan seorang chef selebriti bertaraf dunia yang telah menghasilkan pelbagai resepi masakan yang digemari ramai.
Digeruni kerana mulutnya yang lantang, beliau pada awalnya memulakan kerjayanya dalam dunia masakan sebagai chef di beberapa restoran terkemuka di London.
Pada tahun 1993, beliau meraih bintang Michelin pertamanya sebagai ketua chef di restoran Aubergine.
Kemudian, Gordon membuka restoran sendiri yang mendapat banyak pujian dan pengiktirafan, termasuk bintang Michelin.
Selain daripada pencapaiannya dalam dunia restoran, beliau juga menjadi selebriti televisyen dengan muncul dalam pelbagai rancangan masakan termasuk Hell’s Kitchen, MasterChef, MasterChef Junior dan Kitchen Nightmares.
Walaupun dikenali dengan personaliti yang tegas dan sering mengkritik peserta dalam programnya, namun beliau juga dihormati kerana kecintaan terhadap masakan yang berkualiti tinggi.
Di samping itu, beliau juga merupakan penulis buku masakan yang terkenal dan telah menulis beberapa buku masakan yang terkenal.
Membesar di England, siapa sangka beliau sebenarnya mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak. Kerana cintanya itu, beliau telah mendaftarkan diri di kelab bola sepak terkenal di bandar tempatnya menetap.
Pada usia remajanya, beliau pernah menjadi ahli beberapa kelab terkenal dan bermain dengan mereka seperti pasukan muda Oxford United, Glasgow Rangers dan Warwickshire.
Malangnya, kejadian buruk menimpa dirinya. Beliau mengalami kecederaan kaki yang membuatkannya terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar seorang atlet bola sepak kerana risikonya yang terlalu tinggi.
Menerima Hikmah Disebalik Kegagalan
Ada hikmah di sebalik kegagalan. Tanpa disangka, rintangan yang dialami Gordon sebenarnya membawa kejayaan yang besar kepadanya. Seperti Gordon yang memilih untuk meneruskan hidupnya, anda juga boleh mengambil pengajaran daripada kegagalan dan mengalu-alukan kejayaan dalam bidang baharu.
Kisah beliau ini adalah contoh tentang bagaimana kerja keras, bakat dan ketekunan dapat membawa seseorang dari latar belakang yang sederhana menjadi salah satu tokoh terkemuka dalam industri masakan dan hiburan antarabangsa.