Gali Lubang Tutup Lubang – Buat Bisnes Tapi Penuh Hutang!

Gali Lubang Tutup Lubang – Buat Bisnes Tapi Penuh Hutang!

“Kenapa bisnes saya buat duit, tapi semua duit tu terpaksa dihabiskan hanya untuk bayar hutang je…saya dah letih berniaga. Hidup saya buat bisnes hanya semata-mata nak cover dan bayar hutang je. Tapi malangnya makin lama makin bertambah banyak hutang lain.”

“Setiap bulan bila check balance duit bisnes, rasa sakit hati sangat. Semua duit yang ada saya terpaksa guna untuk bayar hutang, nak bayar gaji pekerja lagi, sewa premis, bil-bil penting. Saya rasa nak give-up dah. Tapi pikirkan hutang, saya teruskan jugak.”

Inilah antara rungutan peserta yang pernah hadir ke program kami dan berkongsi masalah mereka. Ada kes yang pernah kami jumpa, wanita ini telah berniaga lebih dari 5 tahun dengan membuka butik pakaian. Buat bisnes dari pagi ke malam, bertungkus lumus tetapi tidak pernah nampak duit untung perniagaan, sebaliknya bukan duit jualan yang bertambah, tetapi hutang dengan supplier pulak yang makin bertambah.

Kegagalan ramai usahawan bukan kerana mereka tidak tahu membuat jualan atau pemasaran. Tetapi kegagalan utama mereka adalah mereka tidak tahu mengurus dan kawal aliran tunai keluar dan masuk perniagaan mereka.

Betul ke susah nak urus dan kawal aliran tunai perniagaan? 5 tip ini dapat membantu pengurusan kewangan bagi bisnes kecil atau start-up.

1. Asingkan perbelanjaan perniagaan dengan peribadi

Sememangnya sebagai pemilik perniagaan kecil anda harus mengenalpasti perbelanjaan itu adalah untuk perniagaan atau peribadi seperti isu cukai, liabiliti dan sebagainya. Kemudian barulah mudah untuk anda mengasingkannya. Anda boleh tetapkan bajet perniagaan dan bajet peribadi dengan lebih terperinci dan tegas supaya kad kredit dan pinjaman untuk perniagaan tidak digunakan untuk urusan peribadi dan begitu juga sebaliknya.

2. Pilih vendor yang terbaik sebelum membuat perjanjian

Pentingnya kemahiran dalam berunding dengan vendor atau pembekal supaya anda mendapat tawaran harga yang terbaik. Teliti dengan betul apa terma dan syarat yang mereka letakkan supaya dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Mampukah perniagaan anda mengikuti terma dan syarat yang mereka tetapkan?

3. Berjimat dengan perbelanjaan perniagaan

Gunakan peluang sebaiknya jika ada tawaran rebat bagi peralatan pejabat dan pembekal. Jika hendak membeli perabot atau peralatan pejabat yang berskala besar, seeloknya beli sahaja ‘secondhand’. Jangan terlalu ikut perniagaan yang sudah lama bertapak dan stabil.

4. Jangan lewat membayar bil

Bayar segala bil perniagaan seperti bil vendor dan utiliti tepat pada masa yang ditetapkan. Elakkan penalti terutamanya dalam pembayaran cukai. Gunakan ‘organiser’ pada telefon anda untuk membuat peringatan setiap kali tiba masa pembayaran bil. Rancang sebaiknya masa peringatan dan ‘dateline’ bil tersebut.

5. Belajar asas dalam perakaunan

Perniagaan kecil mungkin tidak memerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai akaun. Cukup sekurangnya anda mempunyai asas perakaunan. Walaupun mungkin anda melantik staff atau ‘book keeper’ untuk menjaga kewangan perniagaan, tetapi sebagai pemilik perniagaan anda harus tahu dan memahami keluar masuk duit perniagaan dengan jelas.

Jadikan tips ini sebagai panduan anda dan sentiasa tanamkan dalam minda yang berniaga bukanlah mudah sebenarnya. Anda mungkin dah power nak buat sales dan marketing, itu tak dinafikan, tetapi anda tak sedar perkara penting yang anda kena beri perhatian dalam bisnes juga sebenarnya adalah pengurusan cashflow itu sendiri.

Susah atau senang, anda sendiri yang dapat bagi jawapannya. Yang penting adakah anda mahu dan bersedia untuk dapatkan ilmu dan upgrade ilmu anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply