Marlina Nasi Kerabu Kampung : Founder Pernah Menyesal Berhenti Kerja Bila Buat Bisnes

Founder Pernah Menyesal Berhenti

Mula hanya berniaga di tepi jalan seorang diri saja, Founder Marlina Nasi Kerabu Kampung, Puan Marlina Abdul Wahab kini telah ada kedai hingga sudah ada lagi 2 cawangan gerai.

Kepakaran beliau adalah membantu menyediakan nasi kerabu kampung yang sedap dan menyelerakan seperti makan di negeri Kelantan.

Titik permulaan beliau berniaga apabila terpaksa berhenti kerja sebab berpindah ke rumah yang baru dibeli ekoran jarak yang jauh untuk berulang-alik.

“Dari situ saya mula berniaga di tepi jalan tanpa ilmu dan menghadapi pelbagai kesukaran sehingga terpaksa memulangkan semula kereta kepada pihak bank.

“Berlaku banyak kesukaran sehingga rasa menyesal berhenti kerja. Sehinggalah saya join kelas IMKK secara percuma pada 2014. Dari situ jualan semakin meningkat dan saya mula membuka cawangan Nasi kerabu tepi jalan dari 1 gerai bertambah kepada 3 gerai. Perkara betul yang saya buat adalah bila saya menyertai program mentoring bersama RichWorks,” jelasnya.

Menurut Puan Marlina, beliau pilih RichWorks sebab masa sertai kelas percuma pun beliau dapat banyak ‘wins’ atau kejayaan apatah lagi jika masuk yang berbayar.

Tambahnya, tiada yang mustahil bila join RichWorks sebab setiap saat sentiasa terbakar dan mendorong untuk menjadi lebih baik lagi. Tidak akan rasa kehabisan idea.

Pencapaian Marlina Nasi Kerabu Kampung

Puan Marlina berjaya capai jualan RM1 juta pertama tak sampai setahun pun hasil bimbingan yang diterima daripada RichWorks.

Pesan beliau kepada bangsa usahawan yang berniaga sepertinya sebelum ini, mereka perlu ada MenThor dan ilmu yang betul.

Bisnes boleh saja berjalan tapi banyak berlaku kesilapan dan sentiasa langgar dinding. Bila dah ada MenThor, dalam masa beberapa bulan sahaja banyak kemajuan yang berlaku dalam bisnes sehingga kadang-kadang rasa seperti bermimpi di siang hari.

Katanya lagi, ia dapat menjimatkan masa tanpa perlu menunggu lama untuk buat benda betul dan sentiasa dapat berkembang.

Artikel terbaru

Leave a Reply