Formula 5 ‘T’ Nak Pekerja ‘Melekat’ Dengan Anda

Nak cari pekerja yang bagus, berkualiti dan boleh mendatangkan keuntungan syarikat bukannya mudah. Datuk Wira Dr. Azizan Osman selalu cakap, 90% masalah dalam bisnes semuanya masalah ‘People’. Tak kisahlah sesiapa pun daripada syarikat, kalau dia adalah manusia itulah yang selalu ada masalah dan susah nak handle. 

Macam mustahil je nak bagi pekerja ‘melekat’ dengan kita kan? Kami nak share dengan anda, formula nak pekerja senang nak datang dan susah nak pergi.

Normal Ke Kalau Pekerja Asyik Datang Dan Pergi? Ini Formula 5 ‘T’ Nak Pekerja ‘Melekat’ Dengan Anda…

1- Target

Sebagai seorang leader, anda mesti tahu apa target yang perlu mereka capai. Setkan pekerja anda apa objektif dan matlamat yang perlu dicapai berdasarkan visi dan misi syarikat. Barulah mereka rasa hari-hari bersemangat nak bekerja dan tak rasa hari-hari ‘monday blues’

2- Training & Development

Nak kekalkan pekerja yang berkualiti? Beri mereka peluang untuk ‘grow’ dan bina karier mereka. Mungkin mereka sendiri tak tahu apa potensi diri mereka, anda sebagai leader patut galakkan mereka untuk kembangkan diri.

3- Togetherness

Ini kesilapan ramai usahawan bila nak growkan bisnes mereka. Semua benda nak buat sorang-sorang, sedangkan nak membesar kena beramai-ramai. Bekerja sebagai sebuah team adalah penting untuk bina bisnes lebih jauh lagi.

4- Trust

Bila cakap tentang ‘trust’, perkara ni paling penting dan sangat susah nak dapat. Sekali dah dapat kepercayaan, kena jaga betul betul. Tapi tak ramai orang tahu sebenarnya nak orang trust kita, kita kena trust mereka dulu. Of course, nak dapatkan trust dan berikan trust akan ambil masa yang agak panjang tapi perkara ni perlu ada dalam sesebuah organisasi.

5- Token ‘Terima Kasih’

Kadang-kadang, orang tak sedar yang ‘terima kasih’ ni sangat memberi satu penghargaan untuk diri seseorang. Hargai mereka dengan ucapan terima kasih atau sediakan mereka benefit dan reward seperti bonus dan anugerah best employee.

Perkara ni akan memotivasikan dan beri semangat kepada pekerja yang diberi penghargaan dan juga pekerja yang lain sebagai satu cabaran untuk jadi lebih baik.

Bila anda sudah berjaya ada pekerja yang berkualiti, team yang besar, mesti matlamat untuk GROW bisnes lebih jauh lagi boleh jadi kenyataan.

Artikel terbaru

Leave a Reply